awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Syahir digesa mohon maaf, guris hati masyarakat Siam

Bernama
Bernama
10/08/2023
16:48 MYT
Mohd Syahir digesa mohon maaf, guris hati masyarakat Siam
Boon berkata Ahli Parlimen Bachok itu wajar menarik balik kenyataannya dan membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Che Sulaiman digesa memohon maaf kepada masyarakat Siam berikutan kenyataannya pada program Debat Model Ekonomi Baharu bersifat tidak sensitif terhadap institusi dan agama Buddha.
Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia Datuk Seri Boon Som Inong mendakwa Mohd Syahir telah mengguris hati masyarakat Siam di Malaysia apabila beliau menyebut bahawa "sami menyebutkan minum arak dibolehkan dalam agama Buddha", dalam sesi debat berkenaan.
"Kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila) dan terkandung di dalam Kitab Tripitaka, kitab suci agama Buddha.
"Oleh itu, kami seluruh masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu serta menganggapnya keterlaluan, tidak sensitif dan tidak menghormati institusi dan agama Buddha," kata Boon dalam kenyataan pada Khamis.
Boon berkata Ahli Parlimen Bachok itu wajar menarik balik kenyataannya dan membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia.
Beliau berkata sekiranya Mohd Syahir enggan berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan polis terhadapnya.
"Kami berpendapat kenyataan pemimpin PAS itu sebenarnya ialah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik, sedangkan sami sebenarnya ialah institusi yang suci pada sisi agama Buddha.
"Sehubungan itu, kami menyeru kepada semua parti politik di negara ini supaya memahami kedudukan dan sensitiviti ini. Mereka sepatutnya menghormati institusi sami dan tidak melakukan percubaan untuk mengheret institusi ini ke dalam kancah politik," katanya.
Semalam, Mohd Syahir bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah berdebat mengenai hala tuju ekonomi negara melalui satu program debat khas yang berlangsung selama hampir satu jam 30 minit dan disiarkan melalui TV1 dan Astro Awani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Parlimen
#kancah politik
#memohon maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan