awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Zaidi angkat sumpah ADUN Slim

Bernama
Bernama
27/10/2020
04:07 MYT
Mohd Zaidi angkat sumpah ADUN Slim
Mohd Zaidi mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Tahun Ketiga Persidangan DUN Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini. - Foto Twitter @bernamaradio
IPOH:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Mohd Zaidi Aziz mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Mohd Zaidi, 43, yang merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim 29 Ogos lalu, Mohd Zaidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 10,945 undi, mengalahkan dua calon bebas iaitu bekas guru S. Santharasekaran, 44, dan peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dari BN, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.
Mohamad Zahir seterusnya mengucapkan tahniah kepada Mohd Zaidi atas kemenangannya pada PRK DUN Slim dan mengingatkan beliau untuk menggalas amanah serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat sebaiknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#ADUN SLim
#Mohd Zaidi Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan