awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia

Bernama
Bernama
28/11/2023
22:15 MYT
Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Putera Albert II bertitah terdapat pelbagai peluang untuk diteroka oleh kedua-dua negara yang mempunyai kepentingan bersama. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang selaras dengan pembukaan Pejabat Konsulat Kehormatnya di sini.
Putera Albert II bertitah terdapat pelbagai peluang untuk diteroka oleh kedua-dua negara yang mempunyai kepentingan bersama seperti industri pelancongan dan pendidikan selain pembangunan lestari.
"Mengapa tidak diteroka bidang yang sebelum ini tidak pernah kita fikirkan. Begitu juga dengan pertukaran budaya dan peluang pendidikan antara golongan belia kedua-dua negara.
"Jadi kita perlu meneliti perkara ini lebih mendalam dan benar-benar mengenal pasti cara terbaik untuk menjalin kerjasama yang akan memanfaatkan kedua-dua negara," titah baginda dalam temu bual eksklusif dengan Bernama pada Selasa.
Putera Albert dalam rangka lawatan negara sulung baginda ke Malaysia, yang bermula Ahad lepas dan berakhir hari ini.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putera Albert II
#Monaco
#Malaysia
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan