awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mondeo baharu muncul di bilik pameran Ford

Astro Publication
Astro Publication
11/05/2015
06:40 MYT
Mondeo baharu muncul di bilik pameran Ford
Sime Darby Auto Connexxion sudah mengesahkan bahawa Ford Mondeo terbaharu sudah boleh didapati di dalam bilik-bilik pameran mereka. Sedan segmen-D ini boleh didapati di dalam empat warna (Frozen White, Ruby Red, Panther Black dan Tectonic Silver) dengan harga RM203,771 (harga atas jalan, dengan insurans). Ford Mondeo baharu ini dikuasakan oleh enjin 2.0-liter EcoBoost yang menghasilkan 237hp dan 345Nm tork. Kotak gear adalah jenis automatik 6-kelajuan yang Ford namakan sebagai SelectShift. Paddle shifter adalah ciri standard untuk memberi pemandu kawalan lebih kepada tukaran gear.
Teknologi pancitan terus (direct injection), turbo dan Ti-VCT (camshaft boleh-ubah berkembar bebas) membolehkan kadar penggunaan bahan api yang rendah; Ford sendiri mendakwa ia boleh mencapai serendah 8km/100km.
Ciri-ciri baharu Antara ciri yang tidak ada pada Mondeo terdahulu adalah MyKey yang membolehkan pemilik untuk memprogram beberapa fungsi. Ini termasuk menetapkan kelajuan maksimum, peringatan pemakaian tali pinggang keledar dan kekuatan output pembesar suara daripada sistem audio. Lampu utama – jenis LED – juga lengkap dengan sistem adaptif yang menambah baik pandangan pemandu ke hadapan berdasarkan kelajuan kenderaan, arah sudut pemanduan dan jarak kepada objek di hadapan. Sekarang, fungsi cruise control juga adalah adaptif dan akan secara automatik mengawal jarak kepada kenderaan di hadapan berdasarkan maklumat daripada sensor.
Sistem SYNC dinaik taraf kepada SYNC 2 yang dipadankan dengan skrin sentuh lapan inci. SYNC membolehkan, antara lain, telefon, sistem hiburan dan pendingin udara dikawal menggunakan suara.
Keselamatan Yang pasti, Mondeo baharu ini, seperti yang sebelumnya, mendapat markah 5-bintang hasil daripada ujian Euro NCAP. Penambahan baharu adalah sistem Lane Keeping yang akan memberi sedikit daya tork kepada stereng dan membetulkan arah pemanduan ke dalam lorong secara automatik jika arah tersasar keluar. Pembetulan secara automatik ini tidak akan berlaku jika lampu isyarat diberikan terlebih dahulu.
Kamera undur adalah standard, manakala sensor undur memberi amaran ‘beep’ jika ada halangan. Sistem hiburan juga akan diperlahankan untuk memastikan bunyi ‘beep’ jelas didengar.
Pakej selepas jualan Setap pembelian Ford Mondeo diberikan pelan servis tambahan (ESP) yang merangkumi perbatuan 60,000km ataupun tempoh 3 tahun. Ini termasuk alat ganti dan kos buruh yang percuma. Pakej ESP juga termasuk penggantian percuma bagi komponen terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, dan pengelap cermin hadapan.
Topic Berkaitan
# Mondeo
# Powershift
# Sime Darby
#Ford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan