Monopoli ubat: Kami akan tangani ketirisan jika terbukti - Menteri Kesihatan

Najib Aroff
Jun 14, 2018 03:50 MYT
Dr Dzulkefly diminta memecahkan sebarang monopoli ubat-ubatan oleh syarikat di bawah pentadbiran terdahulu. - Gambar hiasan
Segala bentuk ketirisan dan salah laku di bawah Kementerian Kesihatan, termasuk dalam hal berkaitan perbekalan ubat-ubatan, akan ditangani sepenuhnya jika terbukti bersalah.
Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan demikian dalam catatan di akaun Twitter beliau pagi ini, mengulas laporan yang mendakwa sebuah syarikat memiliki monopoli ke atas bekalan ubat-ubatan di negara ini.
"Kami akan pastikan proses rantaian bekalan adalah cekap, bertanggungjawab, telus.
"Aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperbaiki apa sahaja kelemahan sedia ada, serta menangani sebarang bentuk pembaziran," katanya.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, dari PKR, menulis di Twitternya, meminta Dr Dzulkefly memecahkan sebarang monopoli ubat-ubatan oleh syarikat yang dimiliki ahli politik dari pentadbiran sebelum ini.

Saya ulangi kenyataan lalu.. "Kami akan pastikan proses rantaian bekalan adalah cekap-bertanggungjawab-telus..aspirasi kerajaan PH memastikan dan perbaiki apa sahaja kelemahan sedia ada serta akan tangani sebarang bentuk pembaziran (ketirisan termasuk salah-laku jika terbukti..) https://t.co/sIFAjfo5KE

— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) June 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Rabu, sebuah portal membuat pendedahan mendakwa syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik yang rapat dengan kerajaan dulu mengawal bekalan ubat bernilai berbilion ringgit.
Menurut laporan yang memetik sumber itu, monopoli yang dimiliki syarikat itu mungkin menjadi punca peningkatan kos ubat-ubatan yang dibekalkan ke hospital dan klinik kerajaan seluruh negara.
#bekalan #Dr Dzulkefly Ahmad #Fahmi Fadzil #Hospital #Kementerian Kesihatan #ketirisan #KKM #Menteri Kesihatan #monopoli #Portal #salah laku #tindakan tegas #ubat