awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Cuaca, kenderaan berat punca utama jalan rosak - Ahmad Maslan
MALAYSIA
Kaamatan, Gawai perkukuh semangat serumpun Sabah dan Sarawak - Hajiji
DUNIA
Zelensky anugerahkan Order of Liberty Ukraine kepada Presiden Poland Duda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad

Bernama
Bernama
28/06/2025
15:45 MYT
Sponsor Banner
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
Mohamad (dua, kanan) singgah ke reruai jualan selepas merasmikan Karnival TVET Pertanian @KPKM 2025 hari ini. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Bekalan tanaman dan ternakan di seluruh negara masih terkawal di sebalik fenomena cuaca panas serta kering yang melanda negara ketika ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini pihaknya tidak menerima aduan atau maklumat berkaitan isu bekalan bagi kedua-dua sektor tersebut yang terjejas teruk.
"Aduan itu ada tetapi hanya melibatkan kes terpencil dan menyeluruh...hanya aduan biasa dan ia kerana faktor cuaca sama ada ketika banjir atau kemarau.
"Setakat ini, kita dapati tidak banyak (bekalan) yang terjejas dan keadaan masih lagi terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pertanian@KPKM di sini hari ini.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) melaporkan Monsun Barat Daya yang bermula 10 Mei lepas dijangka berlarutan hingga September depan.
Dalam pada itu, Mohamad berkata industri kelapa turut berpotensi menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara seperti nanas.
Beliau berkata selain pasaran yang besar bagi kelapa tua, kelapa muda juga mempunyai permintaan tinggi termasuk dari luar negara terutamanya China.
"Bekalan kelapa tua kini giat dihasilkan terutama di Sabah. Tanaman ini dilihat mampu mencatat nilai jualan luar biasa seperti nanas yang melebihi RM1 bilion," katanya.
Sebelum ini, Mohamad dilaporkan memuji Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan sektor nanas negara dalam meningkatkan pengeluaran nanas negara sehingga melepasi RM1 bilion.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#TVET
#LPNM
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami