awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tujuh sen
DUNIA
Tehran hilang kepercayaan terhadap Washington, yakin negara Arab tolak serangan AS dari wilayah mereka
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Monsun Barat Daya: Bomba Johor pantau 42 lokasi titik panas

Bernama
Bernama
18/06/2025
04:20 MYT
Monsun Barat Daya: Bomba Johor pantau 42 lokasi titik panas
Seramai 1,284 anggota bomba bersiap sedia bersama 34 balai bomba dan 28 Pasukan Bomba Sukarela untuk menjalankan rondaan dan pemadaman kebakaran secara aktif. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memantau 42 lokasi titik panas yang dikenal pasti berisiko berlakunya kebakaran hutan dan belukar susulan cuaca panas dan kering berikutan Monsun Barat Darat (MBD) yang bermula Mei sehingga September ini.

Ringkasan AI
  • JBPM Johor memantau 42 lokasi titik panas berisiko kebakaran hutan dan belukar sepanjang Monsun Barat Daya dari Mei hingga September, dengan Mersing dan Muar mencatat jumlah tertinggi.
  • Seramai 1,284 anggota bomba bersiap sedia bersama 34 balai bomba dan 28 Pasukan Bomba Sukarela untuk menjalankan rondaan dan pemadaman kebakaran secara aktif.
  • JBPM Johor turut memperkukuh aset operasi dengan 17 unit pam angkut baharu jenis Tohatsu yang diagihkan ke balai strategik berhampiran kawasan berisiko.

Pengarah JBPM Johor Siti Rohani Nadir berkata kesemua titik panas itu diberikan tumpuan kerana ia berisiko mencetuskan kebakaran berskala besar susulan taburan hujan yang berkurangan dan cuaca panas serta kering sepanjang musim ini.
Beliau berkata Mersing dan Muar antara daerah yang mencatat jumlah tertinggi titik panas iaitu masing-masing lapan dan tujuh lokasi.
''Selain itu di Kota Tinggi (lima lokasi), Batu Pahat (tiga), Johor Bahru melibatkan Gelang Patah (tiga) dan Ulu Tiram (satu), Pengerang di Kota Tinggi (dua), Rengit (tiga), Kluang (satu), Pontian (empat), Tangkak (empat) dan Segamat (satu) lokasi," katanya ketika ditemu bual di sini.
Beliau berkata sebanyak 1,284 pegawai dan anggota bomba di negeri itu bersiap sedia untuk diatur gerak berdasarkan keperluan semasa bagi menjalankan pemantauan aktif dan rondaan untuk mengurangkan risiko kebakaran dan memastikan keselamatan alam sekitar serta penduduk setempat.
Beliau memaklumkan sebanyak 34 balai bomba juga beroperasi selama 24 jam di 10 daerah selain turut dibantu 28 Pasukan Bomba Sukarela melibatkan 576 anggota bagi tujuan pemadaman kebakaran dan penyelamatan.
Siti Rohani berkata JBPM Johor juga bersedia dari segi aset termasuk penggunaan 17 unit pam angkut baharu jenis Tohatsu yang telah diagihkan ke balai-balai strategik terutama di kawasan titik panas kebakaran berkenaan.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Monsun Barat Daya
#cuaca panas
#titik panas
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami