Skip to main content

Malaysia

Monsun Timur Laut mula 27 Oktober hingga Mac 2027 - MetMalaysia

Episod hujan lebat dijangka berlaku antara November 2026 hingga Januari 2027, ia berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan berkedudukan rendah. - Gambar fail/Sinar Harian
Episod hujan lebat dijangka berlaku antara November 2026 hingga Januari 2027, ia berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan berkedudukan rendah. - Gambar fail/Sinar Harian

Advertisement

KUALA LUMPUR: Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 27 Oktober ini dan berterusan sehingga Mac 2027, dengan tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang fasa awal monsun berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, episod hujan lebat itu dijangka berlaku antara November 2026 hingga Januari 2027 dan berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan berkedudukan rendah.

"Semasa MTL, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut yang boleh menyebabkan laut bergelora serta meningkatkan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan," jelas kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, menjelang fasa akhir MTL, iaitu dari Januari hingga Mac 2027, taburan hujan dijangka berkurangan, terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung dan Sabah.

“Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba yang lebih ekstrem berikutan pengaruh fenomena El Niño sangat kuat (Super) sedang berlaku,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca sepanjang MTL 2026/2027 dengan sentiasa peka terhadap maklumat, nasihat ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MET Malaysia.

Must Watch Video

Advertisement