awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moratorium: Sediakan data ILM yang sistematik, lebih baik - Penganalisis

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
23/09/2020
08:07 MYT
Moratorium: Sediakan data ILM yang sistematik, lebih baik - Penganalisis
Mohd Yusof berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap program bantuan kerajaan dapat dilakukan secara bersasar khusus program lanjutan moratorium. - Gambar fail
Kerajaan disarankan untuk menyediakan simpanan data berkaitan Maklumat Pasaran Buruh (LMI) yang sistematik dan lebih baik untuk kegunaan pada masa hadapan.
Ini kerana menurut Ketua Ekonomi Pusat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, perkara itu bagi memudahkan setiap pelaksanaan program membabitkan rakyat diagihkan secara terus kepada mereka yang layak.
Katanya lagi, langkah itu penting bagi memastikan setiap program bantuan kerajaan dapat dilakukan secara bersasar khusus program lanjutan moratorium.
"Berdasarkan kepada perkembangan semasa, memang wujud justifikasi untuk melanjutkan program moratorium tetapi lebih bersasar.
"Namun, sukar untuk kerajaan menentukan mereka yang layak atau kumpulan sasar boleh memanfaatkan faedah ini kerana tiada data yang lengkap mengenai perkara itu," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini pada Rabu.
Mohd Yusof berkata, langkah kerajaan ketika ini adalah dengan meminta mereka yang terjejas tampil ke hadapan memohon untuk mendapatkan lanjutan menerusi program moratorium itu.
"Apa yang boleh dilakukan ketika ini adalah dengan meminta mereka yang layak untuk tampil ke hadapan berjumpa dengan pihak berkenaan bagi membolehkannya memanfaatkan program itu.
"Dengan cara itu sahaja kerajaan boleh tentukan siapa yang layak akan memperoleh manfaat ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sekiranya negara akan berdepan dengan perubahan tampuk pemerintahan, dasar dan politik yang menjurus kepada kepentingan rakyat perlu diteruskan.
"Siapapun pemimpin kerajaan, mana-mana dasar atau polisi yang baik perlu diteruskan yang mana ia beri manfaat kepada isi rumah dan rakyat dalam berdepan dengan keadaan krisis COVID-19," jelasnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#Moratorium
#Penganalisis ekonomi
#politik
#Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
#rakyat
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan