PUTRAJAYA: Moratorium bayaran sewa selama enam bulan akan diberikan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus institusi pengajian tinggi (IPT) awam mulai bulan ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu akan membolehkan tanggungan kos sewa itu diserap bagi menurunkan harga makanan yang dijual kepada pelajar memandangkan peningkatan harga barangan turut memberi kesan kepada harga makanan di dalam kampus.
Noraini turut mengumumkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 setiap hidangan akan diperkenalkan di bawah inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia, selaras dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan akan memperkenalkan "Menu Keluarga Malaysia" di restoran koperasi, kafeteria serta premis jualan makanan di IPT sebagai alternatif bagi golongan sasar mendapatkan hidangan pada harga berpatutan, membabitkan hidangan pagi, tengah hari dan malam.
Noraini berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga akan memperkasa inisiatif Food Bank Siswa dan Food@Campus di IPT dengan kerjasama pelbagai kementerian, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan badan-badan persendirian.
Noraini berkata kementerian juga bersetuju dengan cadangan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan untuk membentuk Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia yang dipengerusikan olehnya selaku Menteri Pengajian Tinggi.
Jawatankuasa itu adalah untuk menyelaras dan melaksana dasar, memantau kawalan harga barang dan perkhidmatan serta membentuk jaringan kolaborasi dengan pihak berkepentingan secara holistik, katanya.
Jawatankuasa itu turut disokong di peringkat institusi, melalui jawatankuasa yang dipengerusikan oleh naib canselor, rektor atau pengarah bagi memperkemas pelaksanaan ke atas keputusan dasar yang dibuat di peringkat kementerian, katanya.
"Pihak KPT sentiasa prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar di IPT bagi memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran sepanjang pengajian mereka berjalan dengan lancar," katanya.
Noraini berkata kemudahan pengangkutan pelajar dalam dan ke luar kampus akan turut ditambah baik melalui penyediaan jadual pergerakan yang lebih kerap agar memudahkan dan menjimatkan masa perjalanan aktiviti harian pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Noraini mengumumkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 setiap hidangan akan diperkenalkan di bawah inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia. - Gambar fail
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Pangkalan data komprehensif sedang dibangun himpun penyelidikan universiti
Selepas ini, sebarang penyelidikan dan inovasi dihasilkan universiti dapat dimanfaat untuk kebaikan bersama.
Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry
KPT menggesa pensyarah tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakaran bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Tiada arahan larang IPTA sertai program anjuran negeri pembangkang - KPT
KPT tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang mana-mana IPTA terlibat dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri pembangkang.
PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi bukan 'polis' untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
KPT tak minat jadi 'polis universiti' - Mohamed Khaled
KPT tidak berminat untuk menjadi 'polis universiti' dengan mengawal polisi dan dasar pendidikan di Universiti.
KPT nafi penglibatan penganjuran sidang media G70
Menurut KPT, kumpulan itu bukanlah representasi rasmi kakitangan akademik atau profesor daripada insitusi pengajian tinggi (IPT).
Program 'SULUNG' diperluas mulai tahun depan, sasar 200 pelajar - Noraini
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal meluaskan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) melibatkan seluruh Universiti Awam mulai tahun hadapan.
KPT harap inisiatif dalam Bajet 2023 dapat diteruskan
Ia bagi menjaga kebajikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Bajet 2023: KPT bukti pelaburan terbaik bina masa depan pelajar - Noraini
Peruntukan Bajet 2023 untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebanyak RM15.1 bilion dan meningkat sebanyak 4.25 peratus berbanding RM14.5 bilion pada tahun lalu.
KPT pastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dalam portal RSS
Kementerian Pengajian Tinggi akan terus memantau pentadbiran Portal Rumah Sewa Siswa (RSS) bagi memastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dengan kadar mampu milik.