KOTA TINGGI: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bercadang untuk memperkenalkan industri dan teknologi dron dalam silibus pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan lebih ramai pelapis dan penggiat industri itu pada masa hadapan.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu dalam usaha kerajaan dalam memperkemaskan silibus serta menarik minat ramai terhadap subjek STEM.
"Saya dimaklumkan Kementerian Pendidikan akan membawa memorandum Jemaah Menteri terhadap STEM dan juga penggunaannya (STEM) kepada kerajaan dan di situ, kita (MOSTI) akan memberi ulasan supaya teknologi dron seperti rekabentuk, penggunaan dan juga Artificial Intelligence (AI) dimasukkan dalam (STEM)... seawal-awalnya dalam kurikulum dan kokorikulum sekolah.
"Memorandum dijangka akan dibawa dalam masa terdekat dalam usaha untuk memperkemaskan lagi STEM," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan program tanggungjawab korporat sosial (CSR) "Fly with Meraque" di Dewan Majlis Daerah Kota Tinggi, Bandar Tenggara, di sini hari ini.
Beliau berkata buat masa ini pihaknya sedang berkerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh, dengan memulakan pengenalan teknologi dron itu menerusi kokorikulum di peringkat sekolah, institusi pendidikan tinggi dan institut kemahiran di Johor.
"Dengan adanya minat dan usaha untuk membangunkan industri dron ini, ia melibatkan penggunaannya dalam pelbagai sektor terutamanya industri 4.0 (IR 4.0) yang melibatkan AI dalam dron itu sendiri. Jadi, ini peluang untuk kita mencipta pekerja, peluang untuk kita mendapatkan masyarakat untuk menaikkan taraf hidup menerusi teknologi.. inilah yang kita nak lakukan," kata beliau.
Pada majlis itu Dr Adham turut menyampaikan dua set dron kepada tiga sekolah angkat untuk program berkenaan selain turut melancarkan dan Modul Pengenalan Teknologi Dron.
Mengenai program hari ini, beliau berkata program CSR yang dilaksanakan dengan bantuan syarikat teknologi dron - Meraque Services Sdn Bhd melibatkan tajaan pemberian dron bagi tujuan pembelajaran serta modul asas kesedaran dron kepada tiga sekolah di Johor.
Program berkenaan dijangka memanfaatkan lebih 600 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin dan SMK Seri Pinang di sini dan SMK Taman Scientex di Pasir Gudang.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Meraque Service Md Razalee Ismail berkata dengan program CSR itu, ia secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam industri dron, sekaligus menyokong pembangunan industri itu secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022
Dr Adham hadir pada Program CSR Sekolah Angkat 'Fly With Meraque' anjuran Meraque Services Sdn Bhd dan juga Kelab Rakan Udara Malaysia (KRUM), dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) hari ini. - Foto BERNAMA
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
MOSTI bangun ekosistem pengaplikasian teknologi dron dalam pertanian
MOSTI sedang berusaha membangunkan ekosistem pengaplikasian teknologi dron dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan petani dan peladang.
Aerodyne sasar perluas penyelesaian teknologi ke pasaran pertanian India
Aerodyne mengorak langkah ini memandangkan penyelesaian mereka itu berjaya bertapak dengan kukuh di Malaysia dan Indonesia baru-baru ini.
Meraque, Boustead jalin kerjasama penggunaan teknologi dron
DoU yang ditandatangani akan membentuk kerjasama dalam perkhidmatan dan projek berkaitan dron yang berpotensi dengan Meraque menawarkan kepakaran teknologinya kepada perniagaan Boustead.
MOSTI cadang perkenal industri, teknologi dron dalam silibus STEM - Dr Adham
MOSTI akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu dalam usaha kerajaan dalam memperkemaskan silibus serta menarik minat ramai terhadap subjek STEM.
UiTM ke arah inisiatif penciptaan kerja berteraskan teknologi dron
Penerokaan teknologi dron yang cuba diwujudkan di UiTM akan dilaksanakan melalui konsep Hab Industri Miktro (MIH) dengan penglibatan industri dan fakulti.
'Kewartawanan Dron' di kawasan bencana bantu liputan berita
Konsep liputan berita menggunakan teknologi dron boleh mengubah cara memperoleh dan menyampaikan maklumat, khususnya dalam situasi bencana.