MOSTI iktiraf saintis muda negara, sokong projek R&D berimpak tinggi

Chang (lima, kanan) bergambar bersama pada Majlis Penyampaian ASMN Tahun 2025 di Hotel Seri Pacific pada Khamis. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus memperkukuh ekosistem penyelidikan negara dengan memberi pengiktirafan kepada saintis muda serta menghubungkan mereka dengan pemain industri dan institusi penyelidikan bagi memupuk kerjasama strategik pada masa depan.
Ringkasan AI
- MOSTI memperkukuh ekosistem penyelidikan negara dengan anugerah kepada saintis muda serta menggalakkan kerjasama strategik antara industri dan institusi penyelidikan.
- Penerima anugerah termasuk saintis muda dari pelbagai bidang seperti Biologi, Fizik, Kimia, Perubatan, dan Kejuruteraan.
- Inisiatif seperti STI 1003, Malaysia Techlympics, dan program Minggu Sains Negara terus menarik minat pelajar ke bidang Sains, Teknologi dan Inovasi.
Pada majlis itu, Chang menyampaikan anugerah kepada lima saintis muda termasuk dua penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof Madya Dr Goh Hoe Han (kategori Biologi) dan Dr Puvaneswaran Chelvanathan (kategori Fizik).
Turut menerima anugerah itu Prof Dr Mohd Hazwan Hussin dari Universiti Sains Malaysia (Kimia), Prof Madya Dr Chua Jia Xin dari Universiti Tunku Abdul Rahman (Perubatan) serta Prof Dr Ong Wee Jun dari Xiamen University Malaysia (Kejuruteraan).
"MOSTI juga akan memastikan penerima anugerah mendapat peluang membentangkan hasil penyelidikan mereka di forum antarabangsa seperti International Conference on Environment and Life Science (ICELS), International Conference on Multidisciplinary Research for Sustainable Innovation (ICMRSI) atau Sci4Life Conference 2025," katanya.
Mengulas inisiatif menarik minat pelajar ke bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Chang berkata, program STI 1003 terus menunjukkan sambutan memberangsangkan dengan respons positif daripada pelajar dan sekolah di seluruh negara.
Justeru, beliau berkata, MOSTI akan meneruskan inisiatif itu bersama program sedia ada seperti Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara (MSN) serta inisiatif khusus untuk kawasan luar bandar termasuk Rela Sains, Kembara Sains Borneo dan Science On View.
Sementara itu, Mohd Hazwan, 39, bersyukur dan bangga apabila dinobatkan sebagai pemenang memandangkan penganugerahan itu amat sengit dengan 85 pencalonan bagi lima kategori sahaja.
"Saya rasa ia akan memberikan semangat kepada saintis muda untuk lebih maju dalam bidang penyelidikan dan juga menghasilkan penyelidikan-penyelidikan yang lebih berimpak," katanya yang memenangi anugerah itu bagi projek teknologi hijau berkaitan penghasilan produk anti-karat daripada sisa biomass sawit.
Bagi Ong, 36, pula pencapaian itu bukan sekadar hasil usahanya sendiri, tetapi juga merupakan kejayaan bersama pasukan penyelidikan, rakan kolaborasi serta mentor yang membimbingnya.
"Penyelidikan saya memang bertumpu kepada hidrogen hijau, jadi sekarang saya bekerja rapat dengan NanoMalaysia dan juga MOSTI untuk membina tenaga lebih mampan dan menjamin kelestarian planet," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


