Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) pada Ahad menafikan dakwaan berlaku salahguna dana geran berjumlah RM1.152 bilion yang disalurkan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Timbalan menteri berkenaan Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata semua peruntukan bagi dana R&D tersebut diberikan kepada penyelidik atau pemohon melalui prosedur ketat.
Katanya, permohonan diluluskan jawatankuasa penilaian yang dianggotai golongan pakar dan profesional dalam bidang tertentu.
Penyelidik dan pemohon dana terbabit juga perlu mengikut prosedur seperti mengemukakan kertas cadangan yang lengkap dan perlu melakukan pembentangan pada jawatankuasa penilaian, kata beliau.
"Mosti langsung tidak terlibat dalam jawatankuasa itu dalam meluluskan berapa jumlah peruntukan dana kepada penyelidik atau pemohon.
"Ia (jumlah peruntukan) bergantung pada kertas kerja yang dibentang dan hasil penilaian panel," kata Abu Bakar kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kem Rakan Remaja Patriotik Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), di sini, pada hari Ahad.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dilaporkan beberapa media elektronik dan blog miliknya pada 15 April lepas yang mendakwa geran R&D Mosti disalahgunakan.
Rafizi turut mendakwa perbelanjaan berjumlah RM1.152 bilion itu dari 2009 hingga 2013 tidak setimpal dengan hasil kajian R&D yang dikomersilkan setiap tahun iaitu 20 produk.
Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata bukan semua peruntukan geran R&D Mosti bertujuan mengkomersilkan hasil kajian yang diperolehi.
Katanya walaupun bilangan produk yang dikomersilkan setahun agak rendah iaitu sebanyak 20 produk namun ia merupakan satu pencapaian yang baik kerana dalam masa lima tahun sebanyak 100 produk dapat dikomersilkan.
Dalam perkembangan lain, Abu Balar berkata Mosti bercadang memaksimum penggunaan air bawah tanah sebagai alternatif punca bekalan di negara ini.
Katanya, usaha ini akan dilakukan dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan beberapa universiti tempatan.
"Kita akan memberikan peruntukan secukupnya, dan kita mempunyai teknologi yang cukup untuk melaksanakannya," kata beliau.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kewujudan simpanan 5,000 bilion meter padu air bawah tanah di negara ini.
Menurut laporan, hanya tiga peratus dari jumlah itu digunakan setakat ini.
Bernama
Mon Apr 21 2014
Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Mosti nafi dakwaan salah guna dana geran R&D RM1.152 bilion
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dakwaan berlaku salahguna dana geran berjumlah RM1.152 bilion.