MALAYSIA
MOSTI perluas kesedaran teknologi nuklear ke luar bandar, kampung Orang Asli
Mohammad Yusof ketika menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Program Satelit Teknologi Nuklear Santuni kasih Rakyat sempena Program Madani Rakyat 2025 di Kampung Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, pada Jumaat. - Bernama
TUMPAT: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperluaskan usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap teknologi nuklear di kawasan luar bandar termasuk kampung Orang Asli, bagi memastikan rakyat tidak tercicir dalam arus pembangunan teknologi negara.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohamad Yusof Apdal berkata, pendekatan itu penting kerana masih ramai menganggap teknologi nuklear sebagai sesuatu yang menakutkan atau hanya berkaitan senjata.
"Kita mendapati tahap kesedaran masyarakat terhadap manfaat besar penggunaan teknologi nuklear secara meluas masih rendah.
"Apabila sebut tentang nuklear, mereka terus terbayang senjata, sedangkan potensi teknologi ini amat besar dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat luar bandar termasuk Orang Asli, sama ada sebagai sumber tenaga mahupun pemangkin pembangunan ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Program Satelit Teknologi Nuklear Santuni Kasih Rakyat 2025 Kelantan di Jeti Kasih, Kampung Pasir Pekan Tengah, di sini, pada Jumaat.
Mohamad Yusof berkata, tema 'Teknologi Nuklear Santuni Kasih Rakyat' bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI, yang membawa mesej jelas bahawa teknologi nuklear bukan lagi eksklusif untuk golongan tertentu, sebaliknya wajar disampaikan dan dimanfaatkan oleh seluruh rakyat.
"Program MADANI Rakyat 2025 membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan manfaat kemajuan sains, teknologi dan inovasi sampai kepada semua tanpa mengira lokasi, kaum atau latar belakang sosioekonomi.
"Agensi Nuklear Malaysia telah membangunkan pelbagai produk dan perkhidmatan berasaskan teknologi nuklear yang selamat, berimpak tinggi serta memberi manfaat langsung kepada rakyat, termasuk dalam bidang perubatan, pertanian, industri dan alam sekitar," katanya.
"Secara tidak langsung, ia memastikan kepakaran teknologi nuklear terus menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat.
"Pemilihan Kelantan sebagai destinasi program satelit ini juga signifikan kerana negeri ini bukan sahaja kaya dengan warisan budaya dan tradisi, malah mempunyai potensi besar untuk mendepani era teknologi moden," katanya.
-- BERNAMA