awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi

Bernama
Bernama
25/08/2022
20:40 MYT
MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi
Dr Adham berkata MOSTI juga akan mengenal pasti langkah untuk memesatkan pembangunan harta intelek dan teknologi, seterusnya mempercepat pengkomersialan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata MOSTI juga akan mengenal pasti langkah untuk memesatkan pembangunan harta intelek dan teknologi, seterusnya mempercepat pengkomersialan.
"MOSTI komited menyediakan sokongan serta bantuan sewajarnya menerusi agensi-agensi di bawahnya bagi mengkomersialkan penyelidikan agar tidak terhenti di institusi pengajian tinggi (IPT) semata-mata.
"Namun bagi merealisasikan perkara ini para penyelidik perlu menterjemahkan penyelidikan kepada pembangunan eksperimen dan pembuktian konsep untuk kegunaan masyarakat, agar dapat mewujudkan impak yang lebih besar," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Supercharger Series anjuran Malaysia Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) di sini pada Khamis.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, beliau berkata empat masalah yang dihadapi penyelidik ialah pembiayaan, bakat, peraturan dan dasar yang perlu diselaraskan serta pengkomersialan produk yang mampu menembusi pasaran.
Terdahulu, Dr Adham mengumumkan kerjasama MRANTI dengan lima IPT bagi Supercharge Series untuk membawa 50 harta intelek terbaik syarikat keluaran sampingan ke laluan pengkomersialan.
Lima universiti terlibat ialah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau berkata menerusi kerjasama itu MOSTI berharap pihak inovator dan penyelidik dapat merealisasikan impak hasil kajian dan penyelidikan kepada Keluarga Malaysia.
Program Supercharger Series akan diteruskan dengan satu siri jelajah di universiti terpilih sehingga Jun 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adham Baba
#MOSTI
#Institusi Pengajian Tinggi
#pembangunan harta intelek dan teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan