awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM

Bernama
Bernama
29/10/2024
20:00 MYT
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
Karnival berkenaan dirasmikan Ab Rauf dan turut dihadiri Fairul Nizam. - Gambar FB Ab Rauf Yusoh
ALOR GAJAH: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
Menterinya, Chang Lih Kang berkata, program berkenaan bertujuan membina asas yang kukuh untuk melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi selain dalam usaha memupuk minat golongan itu terhadap bidang STEM.
"Program ini bertujuan melibatkan lebih ramai pelajar dalam pertandingan dan aktiviti berinovasi, termasuk dalam bidang robotik, teknologi pintar dan kecerdasan buatan (AI).
"Menerusi penyertaan dalam Techlympics, pelajar bukan sahaja belajar kemahiran baharu tetapi juga bersedia menghadapi cabaran pekerjaan masa hadapan yang semakin berorientasikan teknologi," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, usaha yang dilaksanakan itu juga selaras dengan fokus MOSTI untuk memastikan bakat tempatan berkembang dengan sokongan dana penyelidikan dan pembangunan serta platform inovasi agar Malaysia mampu menjadi hab teknologi serantau dan menerajui pembangunan ekonomi berasaskan ilmu menjelang 2030.
Justeru, beliau berkata, MOSTI akan terus menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri menganjurkan pelbagai program dan aktiviti seperti Minggu Sains Negara (MSN) peringkat negeri yang menjadi satu daripada program utama kementerian dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi muda celik sains, teknologi dan inovasi.
Chang berkata, pada tahun ini penganjuran Karnival MSN 2024 diteruskan di enam negeri termasuk Melaka selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.
Beliau berkata, penganjuran Karnival MSN 2024 peringkat Melaka yang berlangsung dua hari bermula semalam menyasarkan kehadiran 25,000 pengunjung terdiri daripada murid prasekolah, sekolah rendah, menengah, belia, guru dan ibu bapa dari seluruh negeri berkenaan.
Karnival berkenaan dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOSTI
#kecerdasan buatan
#STEM
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan