JOHOR BAHRU: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan masalah teknikal melibatkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) yang sering berlaku kebelakangan ini.
Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata arahan itu diberikan kepada Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Jamaludin Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan berhubung masalah teknikal dihadapi kedua-dua perkhidmatan tersebut.
Beliau berkata kementerian akan mengambil pelbagai langkah bagi mengatasi sebarang isu yang berlaku, sekali gus berharap insiden gangguan teknikal di landasan LRT Kelana Jaya yang mengakibatkan kelewatan semalam tidak berulang.
"Saya berasa amat kesal dan memohon maaf kepada semua penumpang yang terlibat, terutamanya warga kerja yang bergegas pulang ke rumah untuk berbuka puasa, sudah tentu apa yang berlaku pada waktu puncak semalam memberikan kesan kepada ramai penumpang.
"Mereka (Prasarana) perlu lihat punca sebenar masalah teknikal ini, sebab dalam masa dua minggu ia kerap berlaku, semalam di laluan LRT Kelana Jaya dan baru-baru ini di MRT Laluan Kajang," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pas Tanpa Had MyBAS50 dan bas elektrik di Larkin Sentral di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai operasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, yang mengalami kelewatan disebabkan kerosakan pada sistem perhubungan tren di Stesen Taman Bahagia, semalam.
Berhubung lapan individu yang terlibat dalam nahas LRT Laluan Kelana Jaya pada Mei 2021, memfailkan saman terhadap Rapid Rail Sdn Bhd dan Prasarana, Loke menjelaskan beliau menghormati hak kesemua mangsa untuk mengambil tindakan.
"Saya tidak boleh beri komen lanjut...apa yang boleh saya nyatakan bahawa kita berasa simpati terhadap (mangsa) kemalangan itu dan kita hormati hak mereka," katanya.
Semalam, dilaporkan kesemua lapan individu memfailkan saman terhadap Rapid Rail dan Prasarana atas dakwaan cuai kerana gagal memastikan pengangkutan awam itu beroperasi dengan selamat sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan.
Dalam insiden pada 8.45 malam 24 Mei 2021 itu, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 orang cedera ringan apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji bertembung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023

Anthony Loke (kiri) menyempurnakan gimik perasmian Bas Elektrik pada Pelancaran Pas Tanpa Had Mybas50 dan Bas Elektrik bagi Program Mybas Johor Bahru di Terminal Bas Larkin Sentral hari ini. -Bernama

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.
Dua maut, lima cedera selepas bas bawa pelajar terbabas
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok di lebuhraya antara negeri berhampiran bandar Wawayanda, Timur New York pada Khamis.
Sekolah ditutup, ribuan guru di Nepal turun protes
Sekolah-sekolah di Nepal terpaksa ditutup pada Jumaat berikutan lanjutan protes dalam kalangan guru di negara itu sejak rabu lalu. Puluhan ribu guru berhimpun di Kathmandu sebagai tanda bantahan mereka terhadap akta reformasi pendidikan yang dibentangkan di Parlimen negara itu.
Filipina keluar amaran kesihatan
Asap tebal di ibu negara Filipina pada Jumaat memaksa pihak berkuasa menutup sekolah di semua peringkat dan mengeluarkan amaran kesihatan yang didakwa disebabkan kegiatan aktif gunung berapi.
Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.
Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.

Nahas Putrajaya: Anthony Loke arah JPJ, APAD siasat lori terlibat kemalangan
Siasatan akan tertumpu kepada lori tersebut termasuk menyiasat kemungkinan kenderaan itu membawa muatan melebihi had.

Kerajaan tidak campur tangan penetapan harga tiket MAS - Loke
Ini kerana perkara itu adalah keputusan syarikat penerbangan itu berdasarkan pelbagai pertimbangan untuk mengenakan harganya.

Projek ECRL: Tanah penduduk Taman Sungai Sireh belum diambil - Anthony Loke
Selain itu, beliau menegaskan pampasan yang setimpal akan diberikan kepada setiap pengambilan tanah penduduk.

Malaysia Airlines kembalikan hidangan panas dalam pesawat
Malaysia Airlines kini sudah mengembalikan hidangan makanan panas secara beransur-ansur untuk beberapa sektor selepas menerima peralatan tambahan untuk penyediaan makanan dalam pesawat.

Laporan nahas Elmina dimuat naik di laman sesawang MoT 10 pagi esok - Anthony Loke
Laporan nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa selepas terhempas di Lebuhraya Guthrie bulan lepas akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan esok.

'Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO' - Loke
Anthony Loke menyifatkan cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa PH hanyalah pendapat peribadi Isham Jalil.

Perkhidmatan bas di Lembah Klang akan diintegrasikan - Loke
Kementerian Pengangkutan akan menyelaraskan laluan perkhidmatan bas di Lembah Klang supaya pengangkutan awam itu lebih berintegrasi pada masa depan.

'Syed Saddiq jangan lupa jasa PH bawa kemenangan di Muar' - Loke
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan agar tidak melupakan jasa Pakatan Harapan (PH) yang telah membantu kemenangannya di kerusi Parlimen berkenaan.

DAP bukan komunis, masih berpaksikan Perlembagaan Persekutuan - Loke
DAP akan sentiasa berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan sebarang dasar dan berkaitan dengan perihal politik di negara ini.

KP JPJ wajar anggotai pasukan petugas khas siasat isu nombor plat klasik - Loke
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan wajar dianggotai Ketua Pengarah (KP) JPJ.