awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoT bangunkan sistem dalam talian pembatalan pendaftaran motor

Bernama
Bernama
29/03/2023
05:54 MYT
MoT bangunkan sistem dalam talian pembatalan pendaftaran motor
Sistem itu bertujuan untuk memudahkan individu yang berhasrat melupuskan kenderaan buruk atau rosak dengan membuat pembatalan pendaftaran tanpa perlu hadir ke kaunter. -Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam proses membangunkan sistem secara dalam talian menerusi aplikasi atau kaedah digital lain bagi pembatalan pendaftaran motor, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan menterinya Datuk Hasbi Habibollah berkata sistem itu bertujuan untuk memudahkan individu yang berhasrat melupuskan kenderaan buruk atau rosak dengan membuat pembatalan pendaftaran tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Kenderaan buruk seterusnya dilupus syarikat pelupusan sisa pepejal atau Authorized Automotive Treatment Facilities (AATF) yang diiktiraf mengikut peraturan ditetapkan agensi berkaitan.
"Melalui inisiatif ini diharap dapat menyelesaikan isu lambakan kenderaan buruk dan usang di negara kita," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu usaha kerajaan bagi menguruskan pelupusan kenderaan buruk dan Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) di samping menjaga kelestarian alam sekitar.
Mengulas lanjut, Hasbi berkata MOT melalui JPJ bersedia bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk mengkaji hala tuju jangka panjang bagi menangani pencemaran alam sekitar disebabkan kenderaan usang.
"Ini termasuk mengkaji konsep pelupusan kenderaan usang. Pelaksanaan sistem pelupusan ini berupaya menyumbang kepada peningkatan tahap keselamatan jalan raya, mengurangkan pencemaran daripada kenderaan lama.
"Ia juga akan merancakkan permintaan kenderaan yang akan menyumbang kepada kelestarian sektor automotif negara," katanya.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#pembatalan pendaftaran motor
#JPJ
#Hasbi Habibollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan