awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UTM, Perodua kerjasama bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar
Dera kanak-kanak: Pasangan suami isteri direman seminggu bantu siasatan
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat direman 7 hari, 2 isteri turut direman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOT benarkan pandu kenderaan barangan 'decontrolled' guna lesen memandu kelas D

Bernama
Bernama
18/09/2022
20:40 MYT
MOT benarkan pandu kenderaan barangan 'decontrolled' guna lesen memandu kelas D
Ka Siong berharap kebenaran khas itu membantu memulih serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) memberikan kebenaran khas kepada pemandu kenderaan barangan 'decontrolled' dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi 3,500 kilogram (kg) tetapi tidak melebihi 4,000 kg untuk memandunya menggunakan Lesen Memandu Kelas D sahaja.
Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kebenaran khas yang berkuat kuasa serta merta itu berikutan keluhan serta kesusahan yang dihadapi oleh pengusaha dan pemandu mengenai isu keperluan mempunyai kelas lesen memandu yang ditetapkan apabila memandu kenderaan berkenaan.
Katanya, ia bagi meringankan beban dan memudahkan urusan pemain industri bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi menerusi perniagaan domestik.
"Kebenaran khas ini juga bertujuan membantu pihak industri dalam mengurangkan kos menjalankan perniagaan serta memudahkan pemain industri mendapatkan pemandu yang mempunyai lesen memandu yang sah dalam kelas D terutamanya dalam fasa negara pulih daripada pandemik COVID-19," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pada Ahad.
Beliau berharap kebenaran khas itu membantu memulih serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara, seterusnya memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia.
"Ini juga akan membuka peluang pekerjaan tambahan kepada semua penduduk Malaysia dan mencapai hasrat dan objektif Keluarga Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan sekiranya had BTM kenderaan barangan "decontrolled" telah melebihi 4,000 kg, pemandu adalah dikehendaki mempunyai Lesen Memandu Kelas E bagi memandu kenderaan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wee Ka Siong
#lesen memandu
#kenderaan barangan
#kelas D
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan