MALAYSIA
MOT sediakan RM3.5 juta untuk lindung kendiri, guna hasil jualan bidaan NPI - Loke
Loke (tiga, kanan) menyampaikan tajaan caruman lindung kendiri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed (kiri). - Gambar/ Bernama
BUTTERWORTH: Kementerian Pengangkutan (MOT) memperuntukkan RM3.5 juta untuk inisiatif Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG Kendiri) pada tahun ini yang memberi manfaat kepada 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara.
Ringkasan AI
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kadar tanggungan kerajaan bagi caruman berkenaan ditetapkan pada 70 peratus dan dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mulai 1 Jan 2025 manakala MOT menaja baki 30 peratus jumlah caruman berkenaan.
Beliau berkata MOT juga mengambil pendekatan kreatif untuk menyalurkan peruntukan RM3.5 juta berkenaan dengan menggunakan hasil daripada penjualan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) dan bukannya peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MoF)
"Dalam belanjawan tahunan kita (yang diberikan untuk MOT), tiada item bagi tujuan ini (LINDUNG Kendiri). Namun, kita fikirkan cara untuk tampung RM3.5 juta ini, iaitu menggunakan hasil daripada penjualan bidaan NPI," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pusat Dialisis PERKESO Cawangan Seberang Jaya dan Penyampaian Tajaan Lindung Kendiri di Pejabat PERKESO Pulau Pinang di Seberang Jaya di sini hari ini.
Loke berkata tajaan berkenaan disasarkan kepada kira-kira 35,000 pemandu teksi atau kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah yang masih aktif di seluruh negara.
Beliau berkata peningkatan peruntukan daripada RM1.165 juta pada 2024 kepada RM3.5 juta tahun ini bukan sahaja menambah baik perlindungan, malah menjadi platform advokasi untuk meningkatkan kesedaran Orang Bekerja Sendiri (OBS) mengenai kepentingan perlindungan sosial.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata tahun ini merupakan tahun kedua kerjasama antara MOT dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bagi menyediakan caruman percuma kepada 50,000 pemandu di seluruh negara.
"Terima kasih kepada MOT. Jadi, saya nak minta supaya rakan-rakan pemandu kita ada kesedaran ini sebab kadangkala kita dah tolong untuk buat tuntutan tetapi mereka tidak tahu yang mereka adalah pencarum, malah berlaku bencana atau kemalangan sekalipun, dia tidak tahu dia pencarum serta tidak tuntut," katanya.
Berdasarkan statistik PERKESO bagi tempoh Januari hingga 5 Sept tahun ini, sebanyak 829,771 OBS mencarum LINDUNG Kendiri, dengan 189,662 pencarum terdiri daripada kategori pengangkutan penumpang.
Dari segi penyaluran faedah menerusi LINDUNG Kendiri, sebanyak 5,712 penerima direkodkan dengan nilai bayaran mencecah lebih RM21.2 juta bagi tempoh sama.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Pengangkutan memperuntukkan RM3.5 juta untuk inisiatif LINDUNG Kendiri bagi memberi perlindungan keselamatan sosial kepada 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah, dengan caruman ditanggung 70 peratus oleh kerajaan dan 30 peratus oleh MOT melalui hasil penjualan nombor pendaftaran istimewa.
- Peruntukan ini meningkat berbanding tahun sebelumnya dan bertujuan memperkukuh perlindungan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan Orang Bekerja Sendiri mengenai manfaat mencarum, termasuk kemudahan tuntutan faedah sekiranya berlaku kemalangan atau bencana.
- Statistik PERKESO menunjukkan lebih 829,000 OBS telah mencarum LINDUNG Kendiri setakat 5 September, dengan lebih RM21.2 juta faedah telah disalurkan kepada 5,712 penerima, termasuk 189,662 pencarum daripada kategori pengangkutan penumpang.