LABUAN: Kementerian Pengangkutan (MoT) menarik balik larangan kenderaan berat menggunakan jalan raya semasa perayaan Aidilfitri di Labuan.
Ini berikutan rayuan dibuat Persatuan Penghantar Kargo Labuan (LFFA) kepada MoT pada Rabu lepas menerusi Ketua MCA Labuan Datuk Chin Hon Vui.
Setiausaha Bahagian, Bahagian Darat MoT Wan Mohd Asraf Wan Salleh dalam surat balasnya kepada LFFA memaklumkan kelulusan itu tertakluk kepada syarat tertentu bahawa pergerakan kenderaan itu perlu dijadualkan sebaiknya dan tidak boleh bertembung dengan pergerakan kenderaan persendirian, khususnya pada waktu puncak.
Syarat lain ialah pergerakan kenderaan berat perlu mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan mematuhi peraturan dan keselamatan jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Pada 21 April lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan larangan itu di seluruh negara dari 30 April hingga 2 Mei dan 7 hingga 8 Mei bertujuan memastikan kelancaran aliran trafik yang meningkat ketika sambutan Aidilfitri.
LFFA dalam rayuannya menyatakan bahawa kebanyakan ahli LFFA dan penyedia pengangkutan di pulau ini menyediakan perkhidmatan kepada sektor minyak dan gas.
"Labuan kini sedang pulih daripada penularan COVID-19, justeru perkhidmatan sektor minyak dan gas pada tempoh ini adalah penting sebelum dan selepas cuti hari raya. Langkah tidak membenarkan pengangkutan kami berada di jalan raya semasa tempoh ini akan menjejaskan perancangan operasi luar pesisir.
"Kami memahami bahawa larangan ini penting kepada pengguna jalan yang lain yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri...bagaimanapun, ia juga jangka masa buat syarikat minyak dan gas yang perlu menyelesaikan aktiviti pemuatan untuk operasi luar pesisir," kata Presidennya Prunella Phoong.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022
Larangan ke atas kenderaan berat itu penting kepada pengguna jalan yang lain yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. - Gambar hiasan/BERNAMA
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Kenderaan berat dilarang guna jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina - JPJ
Lokman berkata larangan ini bertujuan memastikan kelancaran trafik bagi mereka yang hendak pulang ke kampung atau bercuti.
Lebih 21,000 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan - KPN
Sebanyak 21,200 saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan ke atas 135,193 kenderaan berat menerusi Op Perdagangan.
Operasi tumpu kenderaan berat bermula hari ini - Polis KL
PDRM akan mempertingkatkan operasi ke atas semua kenderaan berat di Kuala Lumpur bermula hari ini.
Kenderaan berat tidak patuh had masa di lebuh raya akan disita - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita kenderaan berat yang tidak mematuhi tempoh masa bagi laluan di lebuh raya sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.
PLUS, JPJ kerjasama kurangkan kemalangan melibatkan kenderaan berat, motosikal pada 2023
Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan kemalangan maut yang disebabkan kenderaan berat pada 2022.
Menangani isu keselamatan jalan raya oleh kenderaan berat perlu pendekatan segar, inklusif dan holistik
Faktor ekonomi yang terhenti seketika akibat pandemik turut menyumbang kepada isu kebolehgunaan dan meningkatkan risiko kemalangan.
JPJ kuat kuasa waktu terhad kenderaan barangan lalui jalan utama di Kuala Lumpur
Larangan kenderaan barangan memasuki jalan raya utama di ibu kota sememangnya sudah lama dikuatkuasakan namun sejak Peralihan ke Fasa Endemik, pemandu kenderaan berat dilihat telah mengabaikannya.
Kenderaan berat masih degil, langgar arahan tempoh larangan - PDRM
Kenderaan berat yang masih berdegil dan berada di atas lebuh raya akan menyebabkan aliran lalu lintas bertambah perlahan.
MoT tarik balik larangan kenderaan berat di jalan raya di Labuan
Persatuan Penghantar Kargo Labuan membuat rayuan kepada MoT pada Rabu lepas menerusi Ketua MCA Labuan Datuk Chin Hon Vui.
Malaysia, Thailand tamatkan operasi 24 jam kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, CIQ Sadao
Bermula Rabu, waktu pengoperasian di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bagi laluan kenderaan berat kembali ke waktu operasi asal iaitu dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.