awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC batal lesen syarikat Kenari Utara Travel & Tours

Bernama
Bernama
11/11/2025
03:55 MYT
MOTAC batal lesen syarikat Kenari Utara Travel & Tours
MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia.
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd (No Syarikat: 806799-V) berkuat kuasa 11 Sept lepas.
Menurut MOTAC, tindakan diambil Pesuruhjaya Pelancongan itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
“MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” menurut MOTAC dalam kenyataan hari ini.
Pada 3 Nov lepas, Mahkamah Majistret Gerik telah mensabitkan syarikat Kenari Utara Travel & Tours atas dua pertuduhan di bawah Peraturan 6 (1)(f) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992 kerana gagal mematuhi syarat lesen yang melarang urus niaga dengan pihak tidak berlesen.
Ia susulan nahas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lepas di Gerik yang menjadi antara insiden paling menyayat hati.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terhadap syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd? A: MOTAC membatalkan lesen syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa pada 11 September berdasarkan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992.
  • Q: Mengapa MOTAC mengambil tindakan membatalkan lesen syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd? A: Tindakan diambil kerana syarikat gagal mematuhi syarat lesen yang melarang urus niaga dengan pihak tidak berlesen, sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Majistret Gerik.
  • Q: Apakah kesan pelanggaran peraturan tersebut terhadap syarikat Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd? A: Syarikat Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd telah dihukum atas dua pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992 oleh Mahkamah Majistret Gerik.
  • Q: Apakah insiden yang menjadi punca tindakan tegas MOTAC terhadap syarikat Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd? A: Tindakan tersebut susulan nahas yang melibatkan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun di Gerik yang menyebabkan kematian penumpang dan menjadi antara insiden paling menyayat hati.

Topic Berkaitan
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
#batal lesen syarikat bas
#Kenari Utara Travel & Tours
#kemalangan bas UPSI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan