MALAYSIA

MOTAC batal lesen syarikat Kenari Utara Travel & Tours

Bernama 11/11/2025 | 03:55 MYT
MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia.
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd (No Syarikat: 806799-V) berkuat kuasa 11 Sept lepas.

Menurut MOTAC, tindakan diambil Pesuruhjaya Pelancongan itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” menurut MOTAC dalam kenyataan hari ini.

Pada 3 Nov lepas, Mahkamah Majistret Gerik telah mensabitkan syarikat Kenari Utara Travel & Tours atas dua pertuduhan di bawah Peraturan 6 (1)(f) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992 kerana gagal mematuhi syarat lesen yang melarang urus niaga dengan pihak tidak berlesen.

Ia susulan nahas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lepas di Gerik yang menjadi antara insiden paling menyayat hati.

-- BERNAMA





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terhadap syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd?
    A: MOTAC membatalkan lesen syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa pada 11 September berdasarkan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992.
  • Q: Mengapa MOTAC mengambil tindakan membatalkan lesen syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd?
    A: Tindakan diambil kerana syarikat gagal mematuhi syarat lesen yang melarang urus niaga dengan pihak tidak berlesen, sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Majistret Gerik.
  • Q: Apakah kesan pelanggaran peraturan tersebut terhadap syarikat Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd?
    A: Syarikat Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd telah dihukum atas dua pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992 oleh Mahkamah Majistret Gerik.
  • Q: Apakah insiden yang menjadi punca tindakan tegas MOTAC terhadap syarikat Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd?
    A: Tindakan tersebut susulan nahas yang melibatkan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun di Gerik yang menyebabkan kematian penumpang dan menjadi antara insiden paling menyayat hati.



#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya #batal lesen syarikat bas #Kenari Utara Travel & Tours #kemalangan bas UPSI