KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberikan fokus merancakkan industri acara perniagaan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata menteri berkenaan DatuK Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata, ia selaras dengan pengumuman kerajaan yang membuka semula sektor pelancongan domestik pada fasa ketiga dalam PPN.
"Terdapat 81 acara yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini termasuk 56 konvensyen dan 24 pameran," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Mengambil contoh WTC Kuala Lumpur, Nancy berkata pusat konvensyen dapat beroperasi termasuk dijadikan sebagai PPV mega sekali gus mampu merancakkan industri berkenaan. Kini terdapat 19 pusat konvensyen yang digunakan sebagai PPV di seluruh negara.
Nancy berkata industri acara perniagaan dijangka mampu mewujudkan 25,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.
"Acara perniagaan dapat dikendalikan dengan menyasarkan penerima vaksin dan melalui kepatuhan keselamatan yang ketat. Kepatuhan SOP (Prosedur Operasi Standard) juga adalah tinggi," katanya.
Sementara itu, Nancy berkata inisiatif Projek Destinasi Rintis Bebas COVID-19 oleh MOTAC akan diteruskan bagi membolehkan destinasi pelancongan utama dibuka setelah destinasi tersebut mencapai imuniti berkelompok yang ditetapkan kerajaan.
Beliau berkata MOTAC sedang menunggu bekalan vaksin untuk memulakan proses vaksinasi kepada pekerja sektor dan subsektor industri pelancongan di Pulau Langkawi yang dikenal pasti sebagai projek perintis Projek Destinasi Rintis Bebas COVID-19.
Katanya, Pulau Langkawi dipilih sebagai lokasi bagi projek perintis berikutan mempunyai kemudahan penerbangan antarabangsa yang boleh membawa pelancong secara terus dari luar negara selain mempunyai penduduk seramai 76,400 orang.
Beliau menjelaskan pilihan pulau peranginan itu adalah untuk menilai kejayaan projek perintis sama ada dapat membantu ke arah pemulihan sektor pelancongan dengan kadar segera.
Nancy yang juga berkesempatan menonton persembahan pemuzik dari Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di WTC, berkata MOTAC dalam perancangan untuk mengadakan persembahan seperti itu di beberapa PPV di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kanan) melawat Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. - Bernama
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Johor, MOTAC bincang hala tuju promosi Tahun Melawat Johor 2026
RM67.6 juta diperuntukkan bagi penambahbaikan infrastruktur dan penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
MOTAC umum peruntukan RM200,000 kepada Parlimen Sandakan, Batu Sapi
Peruntukan itu bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua kawasan sekali gus memperbaiki ekonomi penduduknya.
Pesta Angin Timur Perlis 2024 tampil 11 aktiviti baharu
Pesta Angin Timur Perlis 2024 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mac ini bakal menampilkan 11 aktiviti baharu.
MyCEB perkukuh industri acara perniagaan melalui pertukaran idea serantau
Selepas menjalin kerjasama di Indonesia, MyCEB membuat kunjungan hormat ke Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB).
MOTAC sasar jualan RM28 juta untuk pakej My Ramadan Experience 2024
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 1,000 pakej telah berjaya dijual dan menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat.
Exco Perlis tidak bangkit soal peruntukan khas semasa mesyuarat - Tiong
Tiong berkata, Wan Badariah juga tidak menyatakan hasrat kerajaan negeri menjayakan Tahun Melawat Perlis sepanjang program berlangsung.
MOTAC tidak pernah anak tirikan Perlis - Khairul Firdaus
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang.