KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap suatu pendekatan baharu dapat diperkenalkan bagi mengawal penyebaran pandemik COVID-19, selain meneruskan halangan rentas negeri.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini kerana industri pelancongan adalah berkait rapat dengan pergerakan orang ramai dari satu lokasi ke lokasi lain.
"Bila mana tiada pergerakan bermakna tiadalah pelancongan dan tiadalah jua aktiviti ekonomi yang seterusnya bermakna, tiada pekerjaan dan tiada pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam rantaian industri ini.
"Oleh itu, saya berharap untuk menemui titik pertemuan yang boleh menyeimbangkan kesejahteraan kesihatan dan ekonomi rakyat," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung kelonggaran merentas daerah dan negeri akan dipertimbangkan jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin COVID-19, Nancy berkata beliau menghormati kepakaran dan pandangan Dr Noor Hisham dalam mengawal penularan wabak itu.
Namun pada masa sama katanya, beliau khuatir pendekatan tersebut boleh memberi impak lebih buruk kepada industri pelancongan tempatan yang sudah setahun terkesan dan terjejas teruk.
"Saya berbicara bukan sahaja tentang impak kepada ekonomi negara, tetapi memikirkan tentang periuk nasi dan kelangsungan hidup penggiat industri tempatan," katanya.
Justeru, Nancy berharap supaya ada pemikiran baharu mengenai cara untuk membenarkan semula gelembung perjalanan domestik dan pembukaan rentas negeri.
Pada 26 Feb lepas, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata sekiranya pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan pengambilan vaksin berjalan seiring, negara mampu mencapai imuniti kelompok antara enam hingga sembilan bulan lagi, sekali gus memungkinkan rentas sempadan dibenarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021

NANCY: Saya berharap untuk menemui titik pertemuan yang boleh menyeimbangkan kesejahteraan kesihatan dan ekonomi rakyat. - Gambar fail
![[TERKINI] Azmin memang pandai soal video dan audio - Anwar [TERKINI] Azmin memang pandai soal video dan audio - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899431/6271740471618211986413_640x360.jpg)
[TERKINI] Azmin memang pandai soal video dan audio - Anwar

Tan Sri Ahmad Fuzi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8
Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas.

Tidak mohon kahwin kedua: JIPS siasat suami anak Chef Wan, Serina
Siasatan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selepas bekas isteri pertama pegawai berpangkat inspektor itu membuat laporan polis.

Keputusan Malaysia guna vaksin AstraZeneca atau tidak ditentukan minggu depan - Khairy
Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 atau tidak, bakal ditentukan pada minggu hadapan.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899423/6271740461618209559108_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Zulkifli tiba di Arab Saudi, adakan pertemuan dengan Gabenor Madinah
Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah.

Dua Ketua Jabatan IPK Perak bertukar
Dua Ketua Jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bertukar ke IPK Kedah dalam rombakan yang dilakukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkuatkuasa Isnin.

Diskaun 70 peratus saman JPJ bermula esok
Pembayaran saman dengan diskaun yang ditetapkan itu boleh dibuat di semua pejabat JPJ serta secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan.

Zakat fitrah Kedah RM7, RM14 dan RM21
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.

Air rendaman kurma, amalkan minuman sunnah ini setiap hari, tapi elak simpan lama
Air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya.

MOTAC teruskan geran sokongan bantu pemulihan industri pelancongan
MOTAC melalui Tourism Malaysia akan meneruskan pemberian Geran Sokongan Pelancongan, Seni dan Budaya (GSPSB) yang tertangguh pada tahun lepas susulan penguatkuasaan PKP.

11 replika monumen terkenal ASEAN akan ditempatkan di dasar laut Pulau Bidong
Sebanyak 11 replika mercu tanda terkenal negara ASEAN akan ditempatkan di dasar laut Pulau Bidong, Terengganu melalui projek khas, 'The 1st ASEAN Underwater Mini Landmark'.

Penginapan di hotel meningkat selepas pelancongan rentas negeri PKPP dibenarkan - Nancy
Data Persatuan Hotel Malaysia juga merekodkan trend peningkatan sebanyak 33 peratus penginapan di hotel semasa cuti sekolah minggu lepas.

COVID: Jangan alpa SOP ketika melancong - Nancy
Rakyat Malaysia diingatkan agar menjadi pelancong bertanggunjawab tanpa alpa atau leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi sektor itu.

Tourism Malaysia sediakan baucar e-tunai RM450,000
Tourism Malaysia menyediakan baucar e-tunai bernilai RM450,000 bagi menggalakkan rakyat berbelanja menerusi Kempen 'Shop and Be Rewarded' yang berlangsung dari 26 hingga 28 Mac ini.

PEMERKASA suntik semangat rantaian sektor pelancongan, seni dan budaya
Fokus kerajaan melalui PEMERKASA terhadap kelangsungan industri pelancongan dapat menyuntik semangat semua pihak yang terlibat dalam rantaian sektor pelancongan, seni dan budaya di negara ini.

MOTAC perkenal 13 SOP untuk rancak sektor pelancongan - Nancy
SOP berkenaan dibentuk bagi membantu penggiat industri untuk terus berdaya saing dalam situasi pandemik COVID-19.

Pemimpin negara rakam penghargaan sempena Hari Wanita
Nenek, ibu, kakak, isteri, antara wanita yang pernah menghiasi kehidupan ramai orang dan tidak dinafikan, jasa mereka tidak terkira banyaknya.

Artis buskers kembali 'hidupkan' KL Sentral
Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances diselia MOTAC ini membolehkan artis buskers kembali menjana pendapatan, disamping berhibur.

Majlis Negara setuju secara prinsip terhadap program JENDELA
Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) hari ini bersetuju secara prinsip terhadap Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).