awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC jangka pelancongan antarabangsa seluruh negara seawal Disember

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/10/2021
03:23 MYT
MOTAC jangka pelancongan antarabangsa seluruh negara seawal Disember
Nancy berkata MOTAC kini dalam fasa akhir melaksanakan persediaan untuk menyambut kembali ketibaan pelancong asing. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan sektor pelancongan di seluruh negara boleh dibuka kepada pelancong antarabangsa seawal Disember ini.
Bagaimanapun, menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketika ini kementerian akan memantau terlebih dahulu Projek Rintis Pulau Langkawi yang akan bermula 15 Nov ini.
"Namun begitu, memang kita sudah bersiap sedia dari segi prosedur operasi standard (SOP).
"Walaupun, kita meletakkan tempoh tiga bulan, saya rasa tidaklah sampai tiga bulan. Jadi, saya rasa kita boleh buka (untuk pelancong antarabangsa) lebih awal dari itu.
"Jadi, kita doakan agar ia boleh berlaku dalam masa terdekat lagi selepas 16 Nov ini, dan mungkin awal Disember. Itu bukan janji saya, tetapi kita cuba," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Karupaiya MutusamI (PH-Padang Serai) yang mahu tahu garis masa pembukaan sektor pelancongan di seluruh negara kepada pelancong asing.
BACA: Langkawi dibuka kepada pelancong antarabangsa 15 November - Perdana Menteri
BACA: Projek rintis Pulau Langkawi tidak boleh gagal
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi akan dimulakan pada 15 Nov dengan pematuhan SOP.
Kumpulan sasaran bagi gelembung pelancongan itu antaranya pelancong berkualiti dan individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19.
Sebelum itu, Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) meminta menteri menyatakan perancangan memperkenalkan gelembung perjalanan ke Sarawak, sebagaimana yang telah dimulakan di Langkawi.
Menjawab pertanyaan tersebut, Nancy berkata MOTAC kini dalam fasa akhir melaksanakan persediaan untuk menyambut kembali ketibaan pelancong asing.
"Projek Rintis Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi ini akan menjadi kayu pengukur kepada pembukaan lebih banyak Gelembung Perjalanan Antarabangsa ke destinasi-destinasi lain yang berpotensi berdasarkan penilaian sewajarnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan."
BACA: Gelembung pelancongan Langkawi jana RM24.9 juta
BACA: Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi dibuka kepada semua negara - Nancy
Dalam masa yang sama, sejak projek rintis Langkawi tersebut dilaksanakan, Nancy berkata, lebih 100,000 pelawat dari seluruh negara telah mengunjungi pulau lagenda itu dalam tempoh 16 Sept hingga 15 Okt lalu.
Jelas beliau, kegiatan pelancongan yang kembali aktif memberi impak positif bukan sahaja kepada entiti perniagaan pelancongan semata-mata.
Malah, katanya, limpahan ekonomi hasil daripada aktiviti tersebut serta sektor rantaian, turut membawa perkembangan yang baik kepada masyarakat setempat.
"Dalam menjayakan inisiatif projek rintis ini, SOP Gelembung Pelancongan Langkawi telah dibangunkan agar kita dapat mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di kalangan pelancong dan juga penduduk tempatan Langkawi," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#Projek Rintis Langkawi
#pelancongan antarabangsa
#Nancy Shukri
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan