LAHAD DATU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam usaha mengenal pasti produk pelancongan berpotensi dibangunkan di kawasan Segama, Lahad Datu bagi membantu komuniti setempat menjana ekonomi menerusi aktiviti ekopelancongan.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata misalnya Gua Tepadung yang terletak di Ulu Sungai Segama memiliki tarikan tersendiri dan mampu meletakkan Lahad Datu sebagai destinasi mesti dilawati sekiranya berkunjung ke pantai timur Sabah.
"Gua Tepadung merupakan tempat persemadian masyarakat purba etnik Idahan, di dalamnya terdapat hampir 100 gua kecil yang mempunyai tarikan dan pemandangan berbeza setiap satunya, selain gua ini merupakan pusat pengeluaran hasil sarang burung putih yang dijalankan oleh etnik Idahan hingga kini.
"Terletak di ulu sungai Segama dan hanya mengambil masa 30 minit hingga dua jam perjalanan menaiki bot untuk sampai ke destinasi ini bergantung dengan keadaan kedalaman air sungai Segama dan perjalanan saya pagi ini ke gua ini hanya mengambil masa 30 minit," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Nancy berkata antara aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan gua berkenaan ialah 'jungle tracking' atau merentas hutan, melawat keranda purba, mendaki gua, memancing ikan serta menikmati pemandangan matahari terbit.
"Saya juga dimaklumkan bahawa sudah ada pelancong luar yang pernah merasai pengalaman berkhemah dan bermalam di kawasan Gua Tepadung untuk menikmati alam semula jadi," katanya.
Beliau yakin jika aktiviti berkenaan ditawarkan dalam pakej ekopelancongan dengan menonjolkan elemen-elemen seni budaya dan warisan masyarakat etnik tempatan seperti Idahan, Dusun, serta elemen komuniti Cocos dan Jawa di Segama, dapat menarik kehadiran pelancong.
Sementara itu, beliau berkata kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu melalui ekopelancongan di samping mewujudkan peluang pekerjaan.
"Lawatan hari ini penting, agar masyarakat setempat dapat mengambil peluang terhadap keunikan seni warisan sedia ada di tempat mereka, sekali gus dapat merealisasikan aspirasi Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 termasuk meletakkan Malaysia sebagai 'Top of The Mind Ecotourism Destination of the World' berdasarkan tarikan semula jadi yang ada," katanya lagi.
Menurutnya, MOTAC komited memastikan usaha membangunkan semula industri pelancongan agar berada di landasan betul dan dapat dicapai dalam jangka waktu ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
MOTAC giat mengenal pasti produk pelancongan yang menarik di sekitar Segama, Lahad Datu untuk dijadikan aktiviti pelancongan. -MOTAC
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bunuh pelajar kolej vokasional: Kesan darah ditemukan di lokasi kejadian
Saksi pendakwaan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu terdapat beberapa kesan darah ditemukan di tiga bilik asrama di kolej berkenaan.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang - Saksi
Seorang pelajar memberitahu dia mendengar Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, mengaku kepada seorang tertuduh bahawa dia ada mencuri wang.
JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku bermula Isnin lepas.
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu
Kejadian melibatkan pertembungan tiga kenderaan iaitu sebuah Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal.
Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.
Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.
Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu
Seekor gajah Pygmy betina ditemukan mati di sebuah ladang sawit di Bagahak di Lahad Datu Isnin lepas.
Buaya baham pekerja ladang di Lahad Datu ditembak mati
Jabatan Hidupan Liar lepaskan lima das tembakan ke arah buaya itu bagi membolehkan mayat Rusdi Tambah diambil daripada mulutnya.
PM Anwar hadir majlis makan malam bersama kepimpinan kerajaan Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan kerajaan Sabah di sebuah hotel di sini, malam ini.