awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC laksana 35 operasi penguatkuasaan bersepadu, 24 notis dikeluarkan

Bernama
Bernama
09/08/2025
11:30 MYT
MOTAC laksana 35 operasi penguatkuasaan bersepadu, 24 notis dikeluarkan
MOTAC memaklumkan operasi itu dijalankan dengan kerjasama strategik bersama JPJ, PDRM, JPN, dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. - Foto Facebook MOTAC
PUTRAJAYA: Sebanyak 35 operasi penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan di seluruh negara bermula 14 Julai hingga 3 Ogos lepas bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594).
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan operasi itu dijalankan dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
Menurut MOTAC sepanjang tempoh berkenaan, pemeriksaan dilakukan terhadap 220 kenderaan pelancongan, 200 syarikat pelancongan, empat premis penginapan pelancongan dan 67 pemandu pelancong.
"Hasil pemeriksaan, sebanyak 24 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk lima notis kerana menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen sah dan tujuh notis kerana menggunakan kenderaan yang tidak dilesenkan untuk membawa pelancong," menurut MOTAC dalam kenyataan hari ini.
MOTAC memaklumkan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang termasuk pendakwaan, kompaun, penggantungan atau pembatalan lesen.
MOTAC turut mengingatkan semua syarikat pelancongan berlesen supaya bekerjasama dengan entiti pelancongan berlesen sah dan menggunakan kenderaan pelancongan yang dilesenkan sepenuhnya oleh pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan pelancong.
"Bagi syarikat yang masih menjalankan aktiviti pelancongan tanpa lesen, mereka perlu segera mendapatkan lesen sah bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan," menurut kenyataan itu.
MOTAC memberitahu pihaknya kekal komited melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh melalui kerjasama rentas agensi selaras dengan prinsip tadbir urus baik, keadilan dan keyakinan di bawah kerangka Malaysia MADANI, sekali gus menyokong misi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#operasi penguatkuasaan bersepadu
#pelancongan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan