awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC pertimbang 'travel bubble' ikut destinasi - Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/07/2020
11:28 MYT
MOTAC pertimbang 'travel bubble' ikut destinasi - Menteri
Nancy Shukri berkata, persetujuan antara kedua-dua negara akan mengambil sedikit masa memandangkan terdapat SOP yang ketat. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Gelembung perjalanan (travel bubble) mungkin akan dilaksanakan mengikut wilayah atau destinasi tertentu di zon hijau dan bukannya mengikut negara lagi.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sehubungan itu, kementeriannya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Luar Negeri pada Isnin depan bagi memperincikan wilayah-wilayah itu.
Ini kerana katanya, ia mungkin akan mengambil masa yang lama sekiranya kerajaan menunggu keseluruhan sesebuah negara diisytiharkan sebagai green bubble atau laluan hijau
Jadi cadangan itu katanya, diambil memandangkan banyak lagi negara yang masih belum berstatus bebas daripada jangkitan COVID-19.
"Ia tidak semestinya perlu keseluruhan negara itu kita benarkan rakyatnya melancong ke negara ini.
"Ini adalah penting bagi negara untuk menjana pendapatan menerusi sektor pelancongan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran kempen Meet in Malaysia di sini, pada Jumaat.
Namun kata Nancy, persetujuan antara kedua-dua negara akan mengambil sedikit masa memandangkan terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Kita kena menilai dulu setelah kita berbincang untuk mengenal pasti mana negara yang kita rasa antara wilayah yang kita boleh buka. Begitu juga kita juga perlu berhati-hati dalam perkara ini," jelasnya.
Antara negara yang dalam pertimbangan kata Nancy adalah termasuk China, Australia, Brunei, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Singapura.
Topic Berkaitan
#Australia
#COVID-19
#Nancy Shukri
#New Zealand
#pelancongan
#sektor pelancongan
#Thailand
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan