awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC rombak aktiviti promosi, pemasaran - Nancy

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2020
07:03 MYT
MOTAC rombak aktiviti promosi, pemasaran - Nancy
Nancy berkata, kempen perhubungan awam juga akan diwujudkan bagi mengembalikan keyakinan pelancong. - Gambar fail
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan merombak aktiviti promosi dan pemasaran dalam usaha membangunkan semula sektor pelancongan negara.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kempen perhubungan awam juga akan diwujudkan bagi mengembalikan keyakinan pelancong.
MOTAC juga, jelas beliau, akan terus mewujudkan pelbagai inisiatif yang sesuai dengan situasi fasa pemulihan COVID-19.
"Pada masa yang sama kita akan melihat kepada penambahbaikan di satu-satu lokasi. Bukan itu sahaja MOTAC boleh membantu menambahbaik tempat-tempat itu.
"Pelancongan ini bukan hanya mengenai tempat tetapi juga aspek makanan. Makanan yang menarik boleh dipromosikan hingga sesuatu kawasan itu jadi tumpuan pelancong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Muzium Ranee di Old Court House Kuching pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, Nancy memberitahu, MOTAC juga memberi fokus kepada mempromosikan pelancongan domestik.
"Saya dan rakan-rakan dari MOTAC kita akan sentiasa bekerjasama dengan penggiat industri tempatan dalam memastikan fokus mengangkat sektor pelancongan domestik dapat dicapai," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kuching
#menteri
#Nancy Shukri
#pelancong
#pelancongan
#promosi
#rombakan
#sektor pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan