LAHAD DATU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima sebanyak 182 permohonan lengkap daripada pengusaha inap desa yang berdaftar bagi Geran Padanan Pembaikan Inap Desa.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata semua permohonan daripada pengusaha berdaftar di bawah Program Pengalaman Inap Desa Malaysia yang direkodkan setakat 25 April itu kini dalam proses semakan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal kementerian.
"Daripada 182 permohonan itu, terdapat 19 permohonan daripada pengusaha inap desa di Sabah.
"Di samping itu, setakat 25 April juga, MOTAC turut menerima 16 permohonan daripada pengusaha hotel bajet berstatus orkid di seluruh negara bagi geran sama," katanya ketika berucap pada sesi jerayawara Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) di sini semalam.
Kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2022 memperuntuk RM30 juta bagi pemberian Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Inap Desa dan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet di bawah MOTAC.
Nancy berkata jumlah permohonan geran itu dijangka meningkat sebelum tarikh tutup permohonan pada 30 April ini.
Beliau juga berkata MOTAC kini giat melaksanakan jerayawara di seluruh negara bagi memberikan penjelasan lebih terperinci kepada pemain industri pelancongan berhubung geran bernilai RM50 juta yang disediakan kerajaan.
"Alhamdulillah, bagi siri jerayawara di Lahad Datu yang diadakan sebentar tadi, saya dimaklumkan sebanyak enam badan bukan kerajaan kebudayaan hadir dan layak memohon bantuan GSSK," katanya.
Nancy juga berkata insentif yang disediakan kerajaan dapat membantu mengurangkan beban pemain industri yang terkesan dan seterusnya menyemarakkan industri seni, budaya serta warisan.
"Saya juga berharap agar geran ini dapat diuar-uarkan kepada pengusaha pelancongan yang lain bagi memastikan peluang-peluang disediakan dapat dioptimumkan sebaiknya," kata beliau.
Dalam sesi jewaraya itu, Nancy turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada 10 wakil pemain industri pelancongan di Sabah.
Bayaran sebanyak RM9,000 itu disumbangkan kepada lima Syarikat Pengendali Pelancongan dan Agensi Pengembaraan Berlesen manakala lima pengusaha inap desa masing-masing menerima RM1,800.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022

Nancy (tengah) menyampaikan bantuan kewangan kepada syarikat pengendalian pelancongan pada majlis penyampaian bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan peringkat Negeri Sabah di Lahad Datu, 28 Apr 2022. --fotoBERNAMA

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan perkara berkaitan pada Rabu.

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Diskaun, pelanjutan tempoh pembayaran kompaun pengusaha pelancongan diluluskan - MOTAC
Kelonggaran itu adalah inisiatif kerajaan dalam membantu penggiat industri pelancongan yang masih terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Pengecualian fi pembaharuan lesen pengusaha, pemandu pelancong dilanjutkan
Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pelaksanaan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong.

Gelombang baharu COVID-19: MOTAC, KKM sentiasa pantau kes
Nancy berkata, kenyataan Khairy tidak boleh dipandang ringan dan pada masa sama berharap agar negara tidak hadapi kesulitan seperti sebelum ini.

MOTAC ambil tindakan terhadap pihak tawar badal haji meragukan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan terhadap pengusaha pelancongan yang menawarkan pakej badal haji yang meragukan menerusi media sosial sejak akhir-akhir ini.

Permohonan geran padanan hotel bajet dilanjutkan
Ia bagi memberi ruang kepada lebih ramai pengusaha hotel mengambil peluang menyertai usaha kerajaan untuk memulihkan semula industri pelancongan negara.

Penerbangan terus KL-Doha pacu pemulihan pelancongan Malaysia - Nancy
Penerbangan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Doha akan memacu pemulihan pelancongan Malaysia dan meningkatkan sektor pelancongan negara, berikutan sempadan dibuka semula pada 1 April.

Tempoh sektor pelancongan pulih bergantung pembukaan sempadan luar
Tempoh sektor pelancongan negara untuk kembali pulih seperti sebelum pandemik COVID-19 bergantung kepada pembukaan sempadan negara luar.

MOTAC saran setiap negeri lahirkan produk pelancongan baharu
Penjenamaan semula setiap produk pelancongan juga amat digalakkan bagi menonjolkan lagi kekuatan sektor pelancongan di setiap negeri.

Tourism Malaysia lancar Pelan Pemulihan Pelancongan 2022
Pelan pemulihan itu adalah kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) dan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

Tarikh tutup permohonan geran pembaikan hotel bajet dilanjutkan hingga 15 Jun
Permohonan geran itu dibuka bermula 1 hingga 30 April kepada semua pengusaha hotel bajet yang diberikan penggredan 1, 2 dan 3 Orkid di bawah kementerian.