awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis nafi rompakan masjid di Kuala Kedah
Xiaomi keluarkan lebih 400,000 kereta elektrik sepanjang 2025
Lelaki ditahan simpan buaya tembaga bernilai ratusan ribu dalam but kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motosikal bertembung, dua remaja maut di tempat kejadian

Petrus Bernard
Petrus Bernard
05/07/2021
04:50 MYT
Motosikal bertembung, dua remaja maut di tempat kejadian
Beginilah keaadaan dua buah motosikal yang bertembung sehingga menyebabkan dua remaja maut dalam kemalangan jalan raya di landasan lapangan terbang lama Tawau pada Ahad.
TAWAU: Dua remaja maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di landasan lapangan terbang lama Tawau pada Ahad.
Sebelum kejadian sekitar pukul 5.30 petang itu, mangsa, Rendy Salombe,15, dari arah Tanjung Batu Darat hendak menuju ke Kampung Vietnam, manakala Mohamad Ekhsan,16, dari arah Kampung Seri Menanti menuju ke landasan lapangan terbang lama untuk membeli sayur.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, apabila tiba di lokasi kejadian, kedua dua motosikal berkenaan hilang kawalan lalu bertembung satu sama lain.
"Akibat rempuhan yang kuat, kedua dua mangsa terpelanting dan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tiada lesen memandu selain tidak memakai topi keselamatan semasa menunggang motosikal.
Mangsa, Mohamad Ekhsan merupakan seorang pelajar tingkatan empat sementara Rendy Salombe pula tidak bersekolah.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat.
Hasil ujian saringan kesihatan pula, kata Peter, mendapati seorang mangsa didapati positif COVID-19, manakala seorang lagi negatif.
Kes itu, katanya, disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#dua remaja maut
#motosikal bertembung
#landasan lapangan terbang
#Tawau
#Sabah
#mangsa terpelanting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan