awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motosikal bertembung, lelaki OKU maut

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
09/06/2023
02:15 MYT
Motosikal bertembung, lelaki OKU maut
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Rawai, Kampung Bukit Damai, Bukit Payong, Marang pada Khamis. - Astro AWANI
MARANG: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal yang ditungganinya bertembung dengan sebuah motosikal lain.
Nahas berlaku di Jalan Rawai, Kampung Bukit Damai, Bukit Payong, Marang pada Khamis.
Dalam insiden kira-kira jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Azman Mat Salleh, 43, yang kudung kaki kanan, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash 125 dari arah Kampung Rawai menghala ke Kampung Padang Limau Nipis.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal jenis Yamaha LC135.
Ekoran kejadian itu penunggang motosikal Yamaha LC135 yang berusia 32 tahun, patah tangan dan kaki kiri manakala anak perempuannya yang berusia empat tahun turut mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Md Dris berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Manakala penunggang serta pembonceng motosikal Yamaha LC135 dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal bertembung
#OKU
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan