awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motosikal terbabas, remaja maut digilis bas di LPT2

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
25/03/2023
05:24 MYT
Motosikal terbabas, remaja maut digilis bas di LPT2
Mangsa Muhammad Irfan Abdullah meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto Astro AWANI
DUNGUN: Seorang remaja maut selepas digilis sebuah bas dalam nahas membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di kilometer 337.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu menyebabkan mangsa Muhammad Irfan Abdullah, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.
Bagaimanapun sejurus tiba di lokasi kejadian motosikal terbabit dikatakan hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah Toyota Unser yang juga dari arah sama.
Susulan itu, mangsa yang berasal dari Santong, Paka dikatakan telah terjatuh ke atas jalan raya sebelum digilis sebuah bas yang tidak sempat mengelak.
Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Bagaimanapun pemandu Toyota Unser berusia 29 tahun yang berasal dari Kampung Mak Kemas, Bukit Payung dan pemandu bas berusia 28 tahun yang berasal dari Bachok, Kelantan, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#motosikal terbabas
#LPT2
#Dungun
#digilis bas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan