awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU baharu perlu untuk lindungi pekerja Indonesia - Saifuddin

Bernama
Bernama
21/11/2018
20:54 MYT
MoU baharu perlu untuk lindungi pekerja Indonesia - Saifuddin
SAIFUDDIN: Kami bersetuju perlu ada MoU baharu.
Kuala Lumpur dan Jakarta pada Rabu bersetuju satu memorandum persefahaman (MoU) baharu perlu diadakan bagi melindungi pekerja Indonesia di Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kedua-dua pihak merancang untuk menandatangani MoU berkenaan tahun depan.
"Pekerja migran... Kami bersetuju perlu ada MoU baharu. Untuk makluman saudara, Presiden Indonesia Joko 'Jokowi' Widodo akan melakukan lawatan (ke Kuala Lumpur).
"Kami akan cuba melakukannya pada Januari. Kami sedang mengkaji tarikhnya. Saya tak dapat menyatakan tarikh yang mana satu. Harap-harap, semasa lawatan itu, akan ada satu atau dua MoU," katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-16 dekat sini pada Rabu.
Turut hadir, rakan sejawatan beliau dari Indonesia, Retno Marsudi.
Ditanya sama ada Malaysia melaksanakan dasar dan peraturan lebih ketat berhubung pekerja migran, Saifuddin berkata objektif kerajaan adalah untuk menyelesaikan isu berkaitan proses pengambilan dan mengurangkan jumlah pekerja asing, terutama pekerja tanpa izin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jakarta
#Joko Widodo
#Malaysia
#Memorandum Persefahaman
#MoU
#pekerja indonesia
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan