awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU dengan China dalam bidang sumber air tepat pada masanya - Wan Junaidi

Bernama
Bernama
10/04/2017
08:44 MYT
MoU dengan China dalam bidang sumber air tepat pada masanya - Wan Junaidi
Perkongsian kepakaran dan teknologi itu akan memastikan pembangunan sosio ekonomi yang mapan.
Memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan China dalam bidang sumber air yang ditandatangani hari ini dilakukan tepat pada masanya, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata perjanjian itu adalah pencapaian terbaru dalam kerjasama antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Sumber Air China yang sebelum ini hanya wujud melalui sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 1968 iaitu "Typhoon Committee".
"Perjanjian persefahaman itu kini menjadikan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang sumber air lebih formal dan ia adalah peluang terbaik untuk Malaysia meningkatkan kepakaran sedia ada daripada China.
"Antara teknologi dan kepakaran yang boleh dikongsi oleh kedua-dua negara melalui MoU tersebut adalah pengurusan bersepadu sumber air, pemuliharaan serta perlindungan sumber air, adaptasi kepada perubahan iklim, kawalan banjir dan pengurusan kemarau," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani MoU itu dengan Menteri Sumber Air China, Chen Lei.
Menurutnya, perkongsian kepakaran dan teknologi itu akan memastikan pembangunan sosio ekonomi yang mapan terutamanya dalam pengurusan serta penggunaan sumber air yang lestari bagi menghadapi kesan perubahan iklim. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#China
#Malaysia
#MoU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan