[TERKINI] Najib Razak kekal di Penjara Kajang
GADGETS

Mozilla lantik Anthony Enzor-DeMeo sebagai CEO baharu, fokus kepada AI janaan

Amanz 22/12/2025 | 05:19 MYT
Mozilla merancang memperluaskan produk berasaskan Firefox dengan ciri-ciri kecerdasan buatan. -Foto Amanz
MOZILLA melantik Anthony Enzor-DeMeo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu minggu ini, bagi menerajui hala tuju syarikat untuk fasa seterusnya.


Ringkasan AI
  • Anthony Enzor-DeMeo dilantik sebagai CEO baru Mozilla, menggantikan pengurus terdahulu.
  • Mozilla merancang memperluaskan produk berasaskan Firefox dengan ciri-ciri kecerdasan buatan.
  • Google menyumbang 95% pendapatan Mozilla, namun perubahan dalam enjin carian mungkin memberi kesan jangka panjang kepada syarikat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Beliau sebelum ini merupakan pengurus di Firefox.

Di bawah kepimpinannya, Mozilla merancang memperluaskan ekosistem produk berasaskan Firefox dengan pelbagai ciri dikuasakan kecerdasan buatan janaan (generative AI).

Langkah ini dijangka membuka peluang pendapatan baharu dan mengurangkan kebergantungan kepada pelesenan enjin carian.

Ketika ini, Google menyumbang sekitar 95 peratus pendapatan Mozilla melalui perjanjian sebagai enjin carian utama dalam Firefox.

Peralihan kepimpinan ini hadir ketika era AI janaan semakin berkembang, dengan pelbagai syarikat memperkenalkan pelayar web baharu dan perubahan kepada penggunaan enjin carian kepada enjin pertanyaan.

Perubahan tersebut dijangka memberi impak jangka panjang kepada Mozilla, sekali gus memerlukan strategi baharu untuk memastikan kelangsungan syarikat. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Mozilla?
    A: Anthony Enzor-DeMeo dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Mozilla.
  • Q: Apa yang dirancang oleh Mozilla di bawah kepimpinan CEO baharu untuk memperluaskan ekosistem produk?
    A: Mozilla merancang memperluaskan ekosistem produk berasaskan Firefox dengan pelbagai ciri dikuasakan kecerdasan buatan janaan (generative AI).
  • Q: Mengapakah Mozilla perlu memperluaskan ekosistem produk berasaskan Firefox?
    A: Langkah ini dijangka membuka peluang pendapatan baharu dan mengurangkan kebergantungan kepada pelesenan enjin carian.
  • Q: Berapakah peratusan pendapatan yang disumbang oleh Google kepada Mozilla melalui perjanjian sebagai enjin carian utama dalam Firefox?
    A: Google menyumbang sekitar 95 peratus pendapatan Mozilla melalui perjanjian sebagai enjin carian utama dalam Firefox.
  • Q: Mengapa peralihan kepimpinan ini berlaku pada ketika era AI janaan semakin berkembang?
    A: Perubahan kepimpinan ini berlaku ketika era AI janaan semakin berkembang, dengan pelbagai syarikat memperkenalkan pelayar web baharu dan perubahan kepada penggunaan enjin carian kepada enjin pertanyaan.



#Anthony Enzor-DeMeo #mozilla #firefox #kecerdasan buatan janaan