MALAYSIA
MP Hulu Langat akan turun padang pastikan perkhemahan LGBT dibatalkan
“Saya sama sekali tidak bersetuju aktiviti-aktiviti yang tidak bermaruah diadakan," kata Sani ketika dihubungi Astro AWANI. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan menegaskan akan 'turun padang' memastikan aktiviti perkhemahan Glamping With Pride yang didakwa mempunyai unsur LGBTQ yang dijadual berlangsung pada minggu hadapan dibatalkan.
Sany turut menyatakan telah membuat laporan kepada pelbagai agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Kajang untuk mengambil langkah susulan mengenai program tersebut.
Beliau turut memohon ketua kampung bagi kawasan yang terlibat untuk melaksanakan pemantauan sebagai usaha untuk mengelakkan aktiviti tersebut dapat dijalankan.
“Sama sekali kita tidak bersetuju dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermaruah, songsang, melanggar soal berkaitan dengan hukum agama Islam, norma-norma kehidupan dan juga peraturan dalam negara ini.
“Pada hari Isnin ini saya akan bersama dengan beberapa orang Ketua Kampung dan difahamkan pihak polis akan sertai untuk kita meninjau kawasan yang dikatakan akan diadakan program tersebut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Pada masa sama, Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah itu turut menasihati pemilik chalet dan inap desa supaya meneliti sebarang permohonan penganjuran aktiviti perkhemahan pada masa akan datang bagi memastikan tiada elemen ideologi yang tidak diingini.
“Kita tahu program apa yang akan dilaksanakan sama ada melibatkan NGO, organisasi badan pasukan seragam, pelajar sekolah atau persatuan penduduk dalam pengetahuan kita (pemilik tapak),” katanya.
Tegasnya, sebarang aktiviti yang bercanggah dengan nilai moral berpotensi menimbulkan keresahan dan menyinggung sensitiviti majoriti masyarakat Melayu-Islam di Malaysia.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program berkenaan.
Laporan sebelum ini mendedahkan, program itu dianjurkan oleh kumpulan pro-LGBTQ yang dikenali sebagai Jejaka, dan dikatakan sebagai satu pemukiman berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya serta kesedaran kesihatan.
Menurut penganjur, aktiviti selama dua hari itu hanya melibatkan perkhemahan di lokasi berdaftar dan didakwa tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.
Justeru penganjur menegaskan akan meneruskan program tersebut walaupun menerima kritikan.