MALAYSIA
MPD ikut piawaian global, privasi rakyat terjamin - MCMC

Taklimat mengenai MDP berlangsung di sini hari ini.- Foto Shahir Omar/Astro AWANI.
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkata perlaksanaan projek Data Telefon Pintar (Mobile Phone Data, MPD) adalah mengikut piawaian garis antarabangsa.
Ringkasan AI
- Pelaksanaan MPD mengikut piawaian antarabangsa: MCMC menegaskan bahawa projek Data Telefon Pintar (MPD) mematuhi garis panduan antarabangsa dan berasaskan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur.
- Jaminan keselamatan data pengguna: Data yang dikumpulkan daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi adalah tanpa identiti pengguna, tanpa nombor MyKad atau alamat, serta tidak melibatkan penyertaan langsung orang ramai dalam proses pengumpulan.
- Projek masih di peringkat rintis: MPD kini dalam fasa percubaan untuk memastikan parameter keselamatan dan perlindungan data dilaksanakan dengan kemas sebelum digunakan secara rasmi dalam perangkaan negara.
"Ia ada dalam Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998, keupayaan untuk melakukan, menambah baik infrastruktur, untuk mendapatkan data yang berkaitan.
"Tetapi kami melakukannya mengikut piawaian standard antarabangsa, merujuk kepada Laporan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan mengikut pakar-pakar yang mengamalkannya secara global," katanya.
Timbalan Ketua Pengarah MCMC Datuk Zurkarnain Mohd Yasin berkata ini susulan keputusan Kabinet pada 19 April 2023 untuk MPD digunakan sebagai sumber data baharu dalam pengeluaran perangkaan negara.
Beliau memberi jaminan bahawa orang ramai tidak akan terlibat secara langsung dalam proses pengumpulan data, kerana data akan diperoleh daripada rangkaian penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan bukan daripada data peribadi.
"Ini adalah keputusan Kabinet, dan saya rasa apa yang kami lakukan lebih kepada pembangunan negara, serta sebahagian daripada keperluan kawal selia yang kami telah meminta pengendali untuk mematuhi," katanya.
Mereka berkata demikian semasa ditemui wartawan selepas sesi taklimat mengenai MDP di sini, hari ini.
Ditanya mengenai tiada rundingan di peringkat awam dijalankan, Zulkarnain berkata projek MPD masih berada di peringkat rintis atau ‘pilot’.
“Kita (MCMC) hendak memastikan sama ada parameter-parameter berkaitan dengan keselamatan data dari segi pelindungan data peribadi dan juga proses pengalihkan data. Dan, jika penyerahan data daripada pembekal perkhidmatan, MCMC dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akses kepada data tersebut, secara teknikal telah kemas,” ujarnya.
Zulkarnain turut mengulangi jaminan bahawa MPD tidak akan melanggar mana-mana maklumat peribadi pengguna (PII).
“Data-data yang diberikan oleh Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) itu mestilah tidak bernama (anonymous), tiada unsur-unsur yang boleh mengenal pasti siapakah pemilih akaun ataupun individu, tidak ada maklumat, tidak ada nombor MyKad ataupun alamat," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami