awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPN seharusnya tidak libatkan ahli politik - Dr Mahathir

Bernama
Bernama
26/07/2021
13:00 MYT
MPN seharusnya tidak libatkan ahli politik - Dr Mahathir
Menurut Dr Mahathir, Majlis Pemulihan Negara perlu mengandungi hanya golongan profesional, yang biasa mengendalikan pandemik, epidemik dan penyakit. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Pengerusi parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Majlis Pemulihan Negara (MPN) seharusnya menjadi sebuah badan tanpa penglibatan ahli politik.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, badan berkenaan sebaliknya perlu mengandungi hanya golongan profesional, yang biasa mengendalikan pandemik, epidemik dan penyakit.
"Ahli politik pada dasarnya tidak faham perubatan, saya rasa saya tahu sedikit sebanyak kerana saya pernah dilatih sebagai doktor, tapi pastinya yang lainnya akan bercakap mengenai politik, semua yang mereka buat adalah berkisar mengenai usaha menjadi popular, dan dapatkan lebih banyak undi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam persidangan media maya selepas menghadiri sidang khas di Dewan Rakyat hari ini.
Jumaat lepas Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, MPN bersetuju menjemput wakil dari parti-parti pembangkang menjadi anggota majlis itu, selaras dengan pendekatan PPN yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip kolaborasi, inklusif dan penyatuan negara. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Pemulihan Negara
#MPN
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#Mahathir Mohamad
#ahli politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan