KUALA LUMPUR: Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) telah melancarkan piagam yang mengesahkan komitmen ahlinya untuk menghormati hak buruh, mengamalkan amalan pengambilan yang bertanggungjawab dan menyediakan suasana bekerja dan kehidupan yang baik untuk pekerja.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, MPOA berkata komitmennya dalam Piagam Pekerjaan Bertanggungjawab adalah berdasarkan beberapa garis panduan dan rangka kerja antarabangsa yang merangkumi Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Rangka Kerja Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, Deklarasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai Prinsip Asas dan Hak di Tempat Kerja. Ia termasuk garis panduan daripada Sistem Integriti Pengrekrutan Antarabangsa (IRIS) yang dibangunkan oleh Pertubuhan Antarabangsa PBB untuk Migrasi.
"Ahli-ahli MPOA juga akan mematuhi semua undang-undang buruh Malaysia dan prinsip serta kriteria Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) yang berkaitan dengan hak dan amalan buruh," kata persatuan itu.
Persatuan percaya piagam itu akan melengkapkan usaha kerajaan untuk memperkenalkan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Buruh Paksa 2021-2025 dan komited untuk meratifikasi Protokol ILO kepada Konvensyen Buruh Paksa.
Pengerusi MPOA, Datuk Lee Yeow Chor berkata industri kelapa sawit Malaysia mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman pengurusan Eropah yang menghargai dan menghormati hak pekerja.
"Piagam ini mewakili komitmen industri untuk mengikut amalan terbaik antarabangsa mengenai dasar buruh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Piagam ini mewakili komitmen industri untuk mengikut amalan terbaik antarabangsa mengenai dasar buruh. - Foto BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.
Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.
FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
Harga MSM dijangka sekitar RM4,000 satu tan menjelang akhir tahun ini - MPOB
Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata harga MSM pada tahun lepas adalah antara RM3,800 hingga RM4,200 satu tan.
Hubungan baik dengan India, cepatkan Malaysia menjadi negara maju - Pakar
Hubungan yang baik dengan India akan membantu mempercepatkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.