awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPOB ambil tindakan jika kilang sawit punca pencemaran Sungai Pukin

Bernama
Bernama
15/09/2023
22:15 MYT
MPOB ambil tindakan jika kilang sawit punca pencemaran Sungai Pukin
Ahmad Parveez berkata, MPOB sentiasa bekerjasama dengan JAS bagi membendung pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran sungai oleh aktiviti pengilangan buah kelapa sawit. - Foto Facebook MPOB
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan mengambil tindakan perundangan seperti termaktub di bawah agensi itu sekiranya kilang sawit didapati menjadi punca pencemaran Sungai Pukin, Rompin, Pahang baru-baru ini.
Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian pencemaran di sungai itu, disyaki berpunca daripada pelepasan efluen kilang sawit yang tidak terawat.
"MPOB telah dimaklumkan mengenai aduan daripada Pengurusan Air Pahang (PAIP) pada 18 Ogos lalu berhubung warna air di Sungai Pukin yang berwarna keruh.
"Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), Rompin, juga telah menjalankan siasatan mengenai pencemaran berlaku di Sungai Pukin...hasil siasatan dijalankan JAS menyatakan tiada bukti kukuh menunjukkan pelepasan efluen daripada kilang buah kelapa sawit menyebabkan pencemaran air berkenaan," menurut kenyataan dikeluarkan agensi itu pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu, MPOB memandang berat terhadap pemeliharaan alam sekitar dan menggesa kilang sawit supaya mematuhi perundangan pada setiap masa, termasuk perundangan JAS mengenai sistem pengolahan efluen.
MPOB juga sentiasa bekerjasama dengan JAS bagi membendung pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran sungai oleh aktiviti pengilangan buah kelapa sawit, menurut agensi itu.
Sebarang aduan boleh dikemukakan menerusi e-mel [email protected] atau talian 03 8769 4400.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPOB
#Sungai Pukin Rompin
#efluen kilang kelapa sawit
#pencemaran alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan