awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPOB diminta kaji penetapan harga minyak masak guna sistem dua peringkat

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/08/2022
11:16 MYT
MPOB diminta kaji penetapan harga minyak masak guna sistem dua peringkat
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, ketika ini harga bagi produk-produk tersebut ditentukan melalui sistem satu harga. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) diminta menjalankan kajian berhubung kebolehlaksanaan penetapan harga melalui sistem dua peringkat (tier) bagi minyak masak kegunaan domestik dan eksport.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, ketika ini harga bagi produk-produk tersebut ditentukan melalui sistem satu harga.
“Kita ingin menyusuli kebolehlaksanaan tetapi kita akan memberi peluang dan ruang yang secukupnya kepada MPOB untuk membuat kajian kerana apa-apa yang kita lakukan akan mempunyai kesan tertentu.
“Tetapi kajian lanjut akan dibuat sama ada mengekalkan sistem sekarang dengan kaedah mengadakan sistem dua tier,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Annuar berkata setakat ini dianggarkan hanya 5.6 peratus daripada minyak masak yang dikeluarkan dalam negara digunakan untuk kegunaan domestik.
“Daripada jumlah tersebut, kira-kira 60,000 metrik tan sebulan telah disubsidi oleh kerajaan melalui program minyak masak peket," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Lembaga Pertubuhan Peladang dijangka mewujudkan bekalan stok pengimbal ayam dengan sasaran mencecah 4,536 metrik tan menjelang akhir Disember ini.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, jumlah tersebut mencukupi untuk menampung keperluan tempoh tujuh hari, berdasarkan penggunaan harian sebanyak 1.8 juta ekor sehari.
"Ini satu percubaan baharu untuk mewujudkan bekalan stok pengimbal. Begitupun, pengertian stok pengimbal yang dilaksanakan tidak bermakna ayam itu hanya disimpan bagi tujuan dikeluarkan pada masa tertentu sahaja.
"Tetapi sebahagian daripada stok pengimbal dibenarkan dikeluarkan ke pasaran secara berperingkat untuk pastikan bekalan ayam berada pada tahap yang lebih daripada keperluan," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#minyak masak
#Harga minyak masak bersubsidi
#Dewan Rakyat
#penetapan harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan