awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPP UiTM gesa tindakan terhadap pensyarah didakwa hina B40

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/03/2022
01:43 MYT
MPP UiTM gesa tindakan terhadap pensyarah didakwa hina B40
Kenyataan MPP UiTM yang menyelar tindakan pensyarah didakwa memperlekeh golongan B40 dalam video yang tular di media sosial pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyelar tindakan seorang pensyarah yang didakwa memperlekeh golongan B40 dalam video yang tular di media sosial, pada Rabu.
Video klip berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan pensyarah wanita terbabit memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah merendah-rendahkan golongan B40.
Yang di-Pertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan berkata, tindakan pensyarah terbabit merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika malah sejarah UiTM juga dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera.
"Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak.
"Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini.
"Pensyarah terbabit perlulah memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan ramai rakyat berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Rasydan berkata, manifesto sering disuarakan pihak pengurusan UiTM bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlu dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah terbabit dan mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini.
Topic Berkaitan
#UiTM
#Rasydan Mohd Hassan
#video tular
#Majlis Perwakilan Pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan