UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

MPP UiTM mohon maaf, akui kempen #MahasiswaUiTMBantah satu kekhilafan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon maaf secara terbuka berhubung pelaksanaan kempen #MahasiswaUiTMBantah.

Sinar Harian
Wed May 22 2024
MPP UiTM mohon maaf, akui kempen #MahasiswaUiTMBantah satu kekhilafan
MPP UiTM mengakui tidak menerangkan kronologi kes yang sebenar dan gagal mengolah pemakluman penuh yang lebih jelas. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon maaf secara terbuka berhubung pelaksanaan kempen #MahasiswaUiTMBantah yang digerakkan baru-baru ini kerana menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada umum.

MPP UiTM mengakui tidak menerangkan kronologi kes yang sebenar dan gagal mengolah pemakluman penuh yang lebih jelas.

Menurut kenyataan itu, tindakan tersebut adalah satu kekhilafan dan menjadi pengajaran kepada mereka.
"Setelah diteliti, kami mengakui bahawa kenyataan yang telah dikeluarkan pada 14 Mei 2024 baru-baru ini adalah sedikit mengelirukan apabila kami tidak menerangkan aspek kronologi kes yang sebenar.


"Tambahan pula, interpretasi perkara 153 juga kami tidak jelaskan dengan sebaiknya menyebabkan timbul salah faham kepada umum.

"Sesungguhnya perkara ini adalah di luar jangkaan kami dan kami menerima perkara ini sebagai satu pengajaran dalam mengolah pemakluman penuh melalui kenyataan yang lebih jelas," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, selaku wakil pelajar, mereka mengambil maklum berkenaan dengan isu 3R (kaum, agama, raja) yang sensitif tidak patut ditimbulkan dan penting untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan hubungan bersama mahasiswa walaupun melalui medium maya.

"Lantaran perkara yang telah berlaku, keharmonian tersebut telah terganggu kerana kaedah penyampaian yang kurang jelas dan tidak sejajar dengan niat asal pelaksanaan kempen ini berikutan pemahaman konteks yang tidak sehaluan melalui pembacaan.

"Sehubungan itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung ataupun tidak dalam menyuarakan pandangan dan kebimbangan mereka.

"Pandangan dan maklum balas yang diterima sangat penting bagi kami dalam menjernihkan isu ini dengan baik," katanya.

Pada 14 Mei lalui, berlaku protes dalam kalangan pelajar UiTM terhadap idea membuka sementara kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) itu kepada tujuh pegawai perubatan bukan bumiputera bagi melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat pakar dalam bidang pembedahan kardiotoraks.

Pelajar terbabit juga lengkap berpakaian hitam sebagai tanda menyokong gesaan MPP UiTM dalam kempen #MahasiswaUiTMBantah.

*Artikel disiarkan di Sinar Harian
 

#Majlis Perwakilan Pelajar#UiTM#mohon maaf#Mahasiswa UiTM Bantah
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand

Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand

Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza

Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza

Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas

Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas

Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri

Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand

Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand

Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy

Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy

Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT

Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat

Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat

Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital

Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital

Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran

Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran

Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
MPP UiTM mohon maaf, akui kempen #MahasiswaUiTMBantah satu kekhilafan

MPP UiTM mohon maaf, akui kempen #MahasiswaUiTMBantah satu kekhilafan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon maaf secara terbuka berhubung pelaksanaan kempen #MahasiswaUiTMBantah.
Mahasiswa main peranan penting dalam 'menggelorakan' masyarakat

Mahasiswa main peranan penting dalam 'menggelorakan' masyarakat

Katanya, sejarah telah menunjukkan betapa aspirasi dan pemikiran besar mahasiswa berjaya membawa perubahan dalam sesebuah negara.
Ahmad Zahid umum peruntukan untuk setiap MPP UiTM

Ahmad Zahid umum peruntukan untuk setiap MPP UiTM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM10,000 kepada MPP di setiap kampus UiTM seluruh negara.
MPP UiTM gesa tindakan terhadap pensyarah didakwa hina B40

MPP UiTM gesa tindakan terhadap pensyarah didakwa hina B40

Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak, kata Yang di-Pertua MPP UiTM.
COVID-19: UUM jamin keselamatan, kebajikan pelajar yang tidak pulang ke kampung

COVID-19: UUM jamin keselamatan, kebajikan pelajar yang tidak pulang ke kampung

Universiti Utara Malaysia (UUM) beri jaminan jaga kebajikan pelajar yang tidak pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tangguh program Hadi: UPM didakwa dapat tekanan kementerian

Tangguh program Hadi: UPM didakwa dapat tekanan kementerian

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPM, Arman Usman berkata, program yang sepatutnya berlangsung malam tadi ditangguhkan tanpa sebab yang kukuh.
PRU14: UIAM cuti 8 hingga 10 Mei

PRU14: UIAM cuti 8 hingga 10 Mei

Ia bagi memudahkan warga UIAM menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Cabaran dan setiakawan dalam pendakian ke puncak Gunung Ledang

Cabaran dan setiakawan dalam pendakian ke puncak Gunung Ledang

Apabila tidak semua peserta pernah mengikuti aktiviti seumpamanya, pelbagai perasaan dan cabaran terpaksa dihadapi.
Belanja makan sebab tandatangan kehadiran di IPT adalah rasuah

Belanja makan sebab tandatangan kehadiran di IPT adalah rasuah

Sebahagian besar penuntut tidak mengetahui rasuah berlaku termasuk menawarkan ganjaran seperti makan tengah hari.
SPRM tubuh majlis eksekutif sekretariat pencegahan rasuah di IPT

SPRM tubuh majlis eksekutif sekretariat pencegahan rasuah di IPT

Pendekatan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda agar tidak terjebak dengan gejala rasuah.