awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPPK sambut baik cadangan kajian semula kadar pinjaman PTPTN

Bernama
Bernama
13/04/2025
05:17 MYT
MPPK sambut baik cadangan kajian semula kadar pinjaman PTPTN
Menurut MPKK, cadangan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan mahasiswa dan komitmen untuk memastikan akses pendidikan tinggi yang inklusif.
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyambut baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengkaji semula kadar pinjaman dan terma pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Cadangan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan mahasiswa dan komitmen untuk memastikan akses pendidikan tinggi yang inklusif.
"MPPK menekankan perlunya menilai semula kadar pinjaman PTPTN selaras dengan kenaikan kos sara hidup semasa yang mempengaruhi kehidupan mahasiswa.
"Penambahbaikan kadar pinjaman dijangka membantu pelajar menjalani kehidupan kampus dengan lebih sejahtera dan memberi mereka ruang untuk fokus sepenuhnya pada pengajian tanpa bebanan kewangan yang berlebihan," menurut MPPK dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, MPPK juga memberi sokongan penuh terhadap cadangan kajian semula terma pembayaran balik PTPTN dan berharap pengenalan terma pembayaran yang lebih fleksibel serta progresif dapat memberi manfaat jangka panjang kepada pelajar selain meningkatkan kadar pembayaran balik secara berperingkat.
"MPPK memuji usaha PTPTN dalam membuka ruang perbincangan dan menyediakan pelbagai saluran pembayaran yang tidak membebankan," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, MPPK menyeru pelajar yang menghadapi kesulitan kewangan untuk menghubungi MPPK atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi masing-masing dan pihaknya bersedia menjadi penghubung antara pelajar, universiti, serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan
#Anwar Ibrahim
#PTPTN
#kaji semula kadar pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan