awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPPK sokong hasrat PM lantik belia sebagai Senator Dewan Negara

Kenyataan Media
Kenyataan Media
17/07/2022
14:59 MYT
MPPK sokong hasrat PM lantik belia sebagai Senator Dewan Negara
CT FAIZAH: "Penglibatan belia bakal membantu meneruskan pembangunan negara melalui Aspirasi Keluarga Malaysia bagi generasi akan datang kerana belia bakal pelapis kepimpinan negara".
MAJLIS Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyokong penuh dan menyambut baik inisiatif Y.A.B. Perdana Menteri untuk melantikan seorang Senator bagi mewakili belia dalam Dewan Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran, baru-baru ini.
Hal ini demikian kerana dengan adanya penglibatan wakil belia dalam Dewan Negara dapat membawa suara belia secara terus terhadap kelangsungan hidup generasi muda dan masyarakat seratanya.
Pengiktirafan oleh kerajaan ini bakal memperlihatkan variasi perspektif dan pandangan oleh belia dalam membuat keputusan seiring dengan perkembangan negara kini.
Hal ini sekali gus dapat memperkasakan inisiatif dalam mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia di Malaysia yang agak membimbangkan.
Saya percaya penglibatan belia bakal membantu meneruskan pembangunan negara melalui Aspirasi Keluarga Malaysia bagi generasi akan datang kerana belia bakal pelapis kepimpinan negara.
Tambahan pula inisiatif menambahkan peruntukan RM1 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) diyakini dapat menggiatkan peranan belia dalam aspek kepimpinan mahupun ekonomi melalui kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh pertubuhan belia.
“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Jatuh bangun belia hari ini merupakan permulaan titik tolak yang akan menentukan tamadun negara pada masa hadapan.
Terima kasih.
Ct Faizah Abdul Rahman, Naib Presiden, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
Topic Berkaitan
#MPPK
#Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan
#Perdana Menteri
#senator belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan