MALAYSIA
MPV Ahli Parlimen Dungun terbakar di LPT2
Kenderaan milik Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, musnah terbakar hampir 95 peratus dalam kejadian di LPT2 berhampiran susur keluar Paka, pada Isnin. - Foto Sinar Harian
DUNGUN: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli terbakar dalam kejadian di KM330 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), menghala ke Kuala Terengganu di sini tengah hari tadi.
Ringkasan AI
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Penguasa Kanan Bomba ll Rohaya Jamil berkata Wan Hassan bersama isteri yang dalam perjalanan pulang ke Dungun dari Kuantan, Pahang terselamat setelah berjaya keluar dari MPV jenis Toyota Vellfire itu.
Beliau berkata kenderaan Ahli Parlimen Dungun berkenaan musnah hampir 95 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
"Bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 12.47 tengah hari sebelum sebuah jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh dikerah ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rohaya berkata operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos dari tangki air jentera bomba dan berjaya dikawal pada 1.17 tengah hari.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MPV milik Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli terbakar di KM330 LPT2 ketika dalam perjalanan pulang ke Dungun; beliau dan isteri berjaya menyelamatkan diri.
- Kebakaran berlaku kira-kira 12.47 tengah hari, memusnahkan kenderaan hampir 95%; punca kejadian masih dalam siasatan.
- Bomba Kerteh dengan 10 anggota tiba di lokasi dan mengawal api pada 1.17 tengah hari menggunakan satu aliran hos dari tangki air jentera.