awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPV polis remuk dilanggar kereta hilang kawalan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2025
07:45 MYT
MPV polis remuk dilanggar kereta hilang kawalan
Tangkap layar video tular kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah MPV polis ketika sedang melakukan penugasan di Kilometer 32.9 LEKAS, Seremban.
SEREMBAN: Sebuah kenderaan unit kereta peronda (MPV) rosak dirempuh dalam kejadian di Kilometer 32.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah selatan, berhampiran susur masuk Ampangan pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, kejadian jam 6.20 petang membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta peronda jenis Honda Civic, Perodua Alza dan Proton Saga.
Katanya, MPV berkenaan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban yang sedang menjalankan penugasan rondaan cegah jenayah.
"Siasatan awal mendapati, Proton Saga dipandu seorang wanita berusia 25 tahun dipercayai hilang kawalan lalu melanggar Perodua Alza dipandu wanita berusia 43 tahun yang datang dari arah sama.
"Akibat perlanggaran ini, Proton Saga terbabas ke bahu jalan dan kemudiannya melanggar bahagian belakang MPV yang sedang berhenti di bahu jalan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, Proton Saga terbabit dipercayai hilang kawalan akibat permukaan jalan basah berikutan hujan. Bagaimanapun, tiada mangsa cedera dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, video keadaan kereta peronda dilanggar tular di media sosial. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MPV polis remuk
#kereta hilang kawalan
#Ampangan
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan