KUALA LUMPUR: Dalam usaha mewujudkan ekosistem jaminan kualiti pengajian tinggi terbaik, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengambil langkah proaktif turun padang ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pihaknya akan mengadakan jelajah ke IPT seluruh negara tahun ini membabitkan 20 universiti awam (UA) dan lebih 400 IPT swasta.
Katanya, siri jelajah yang menjadi satu daripada Agenda Era Baharu MQA itu akan dilakukan mengikut zon.
"Program jelajah ini akan memberi peluang kepada warga IPT untuk mengetahui dengan lebih jelas akan fungsi MQA, produk ditawarkan kami serta peluang yang boleh direbut oleh IPT serta masyarakat setempat.
"Semua perkongsian boleh dilakukan menerusi sesi soal jawab atau ramah mesra bersama-sama MQA," katanya pada sesi lawatan pertama siri jelajah pertama MQA di Management and Science University (MSU), dekat sini.
Yang turut hadir pada lawatan itu, Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Naib Canselor MSU, Prof Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, pihaknya juga giat berusaha untuk pengurusan akreditasi program IPT tempatan di cawangan luar negara menerusi jaringan agensi akreditasi antarabangsa.
Katanya, inisiatif terbaharu pihaknya itu bagi memudahkan IPT tempatan menghantar pelajar ke luar negara.
"Dengan adanya kerjasama global ini, graduan Malaysia boleh bekerja di mana sahaja kerana kualiti pendidikan mereka yang dijamin MQA," katanya.
Sementara itu, Mohd Shukri menyifatkan usaha jelajah dilakukan MQA itu sebagai satu langkah yang menarik kerana memberi ruang untuk berbicang secara dekat dengan IPT terutama membabitkan perihal akreditasi.
"Tahniah kepada MQA kerana mencetuskan inisiatif turun padang ini kerana ia adalah sesuatu yang harus dilakukan untuk kecemerlangan bersama pengajian tinggi," katanya.
Astro Awani
Sat Mar 27 2021
Mohammad Shatar, berkata pihaknya akan mengadakan jelajah ke IPT seluruh negara tahun ini. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel
Perubahan pesat dalam teknologi dan keperluan pasaran global menuntut pendekatan pendidikan yang lebih inovatif dan fleksibel.
Rusia punyai potensi besar untuk kerjasama dengan IPT Malaysia
Kunjungan delegasi Malaysia ke Rusia membuka lembaran baharu kepada pendidikan tinggi negara untuk melebarkan sayap ke negara itu.
ILKKM Sungai Buloh lahirkan 23,295 graduan berdaya saing
Sebanyak 27 program ILKKM di seluruh negara menerima akreditasi MQA - bukti komitmen tinggi ILLKM kepada kecemerlangan dalam segala aspek.
Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly
MQA akan terus menjadi badan akreditasi kepada program sarjana perubatan yang menilai permohonan daripada universiti.
Tidal tamatkan sokongan format MQA, digantikan dengan FLAC
Menurut Tidal, keputusan diambil kerana FLAC ialah format sumber terbuka yang membolehkan artis menawarkan muzik pada kualiti tinggi tanpa menerusi pihak ketiga. Pelanggan yang memuat tur
'Parallel pathway': MQA tidak terbabit secara langsung
MQA tidak terbabit secara langsung dalam kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui program latihan ijazah kepakaran atau 'parallel pathway'.
MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara
MQA melancarkan sistem akreditasi untuk membolehkan permohonan akreditasi program dibuat sepenuhnya secara atas talian iaitu menerusi e-MAS.
MQA, Islamic Azad University, Iran setuju beri pengiktirafan bersama
MQA bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan Islamic Azad University, Iran yang mempunyai jaringan 400 cawangan di seluruh negara Asia Barat itu.
MQA, UMSU meterai MoU tubuh Pusat Penilaian APEL antarabangsa pertama di Indonesia
MQA menubuhkan Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) pertama di luar negara di Indonesia.
Peluang pekerja masuk universiti guna pengalaman kerja
Tawaran dibuat selepas mendapat kelulusan MQA untuk melaksanakan APEL kepada mereka yang tiada sijil kelayakan memasuki universiti.